....dah dapat idaman hati tapi banyak ujian pulak...
Bercita-cita nak membina rumah idaman dan dah terlaksana tapi lama kelamaan hidup dalam gundah gulana...
....disebabkan jiran sebelah rumah adanya....
Sahabat saya pernah mengadu dah tak selesa duduk rumah walau pun pada awalnya sangat bahagia..
Bayangkan orang sebelah rumah memantau keluar masuk dia dan ahli keluarganya. Selalu tanya sapa yang datang rumah ramai- ramai semalam....nampak lori besar masuk rumah you beli barang apa...eh kucing you berak kat rumah I lah...husband you balik lambat semalam ye...you jaga sikit orang lelaki tak boleh percaya..
Takkanlah I nak kena jual rumah pegi duduk tempat lain pulak. I dah banyak habis duit buat rumah ni..
Apa nak kata akak oii...sabar bebanyak..buat tak tahu je lah. Takkan selamanya dia nak mengendap you. Lama- lama boring jugak dia..
Lagi pulak kalau jual rumah, lepas tu beli atau buat rumah baru, tak tentu lagi dapat jiran yang baik. Jiran sekarang ok jugak mengendap dari jauh, buatnya dapat jiran baru nanti dok tunggu tepi pagar tiap-tiap hari - terus buat live interview masa you nak masuk keluar rumah.....lagi haru....
Semasa memilih tempat kediaman kita berdoa pada Allah semoga dapat tempat tinggal yang baik dan dapat jiran yang baik...semoga hidup tenteram.
Tapi kadang- kadang secara tak disedari kita sendiri menjadi jiran yang teruk pada orang lain pulak...macam mana tu?
No comments:
Post a Comment