Tuesday, July 23, 2024

Durian No, Tempoyak Yes!

 Durian No - Tempoyak Yes!

Durian Yes -  Tempoyak No!

Durian Yes  - Tempoyak Yes!

Durian No  - Tempoyak No!

Banyak orang banyak ragam. Antum dok dalam kumpulan mana?

Masih teringat masa kecik dulu setiap musim durian arwah mak buat serawa durian makan dengan pulut, atau makan durian begitu saja atau makan durian dengan nasi, durian masuk dalam budu atau sambal belacan. 

Last sekali,  bila dah terlebih durian buat tempoyak pulak - berbalang- balang. Mulalah segala masakan di tempoyakkan - gulai tempoyak, pais ikan tempoyak, sambal tempoyak, tempoyak, tempoyak dan tempoyak...Puas hati!!!

Rompin sebenarnya takde orang tanam durian sebab tanah pasir  tepi laut. Tapi bila musim durian  kaki lima kedai penuh dengan durian yang disusun macam bukit- bukit kecik.  - tak tau datang dari mana ( tahun 60an-70an ).

Ramai orang suka durian, tapi bila sampai tang tempoyak dok leh nok gi! Yang peliknya ada pulak durian tak suka tapi makan tempoyak bukan main lagi!


Monday, July 15, 2024

Jual Ke Tak Jual...



Masa saya kecik dulu ada dua buah rumah yang ditinggalkan kosong di kampung saya. Sebuah darinya akhirnya reput di makan anai-anai Dan sebuah lagi tersergam indah tapi tak bertuan...lepas tu keluarlah cerita rumah tu berhantu!

Rumah pusaka selalunya sama ada akan menjadi rebutan yang boleh membawa perbalahan yang berpanjangan atau akan ditinggalkan begitu saja..

Bila ibubapa dah mati, masalah akan timbul - kena tukar nama  kepada waris-waris yang hidup. Biasanya bila suami mati, isteri yang tinggal di rumah itu bersama anak-anak atau tinggal bersendirian sebab semua anak dah ada kediaman sendiri.

Masalah timbul bila ibu mati barulah nak tukar nama dan prosesnya pula memakan masa yang panjang. Biasanya rumah pusaka dijual dan duit dibahagi-bahagi sesama adik beradik ikut faraid. Tapi kadangkala panjang lagi masalah yang timbul tentang pembahagian  Faraid ini.
( boleh pergi kursus tentang Faraid )

Kadang- kadang tak semudah itu nak jual rumah, akan timbul macam- macam pertelingkahan dan pelbagai fitnah. Ada yang dah duduk di rumah tu tak nak keluar - dia kata dia yang jaga mak ayah sampai mereka mati..jadi dia lebih berhak. Maka ungkit mengungkit pun berlaku...

Ada kes bila bapa meninggal anak jual rumah, bagi duit pada semua waris termasuk ibunya sekali. Masing-masing boleh beli rumah yang lebih sesuai untuk kediaman mereka atau manfaatkan duit pesaka dengan cara lain..

Orang kiri kanan, luar tepi pun mulalah pot pet pot pet tuduh anak tak bertimbang rasa dan sebagainya...biarlah mak duduk rumah besar tu sampai dia mati. Tapi rumah besar lapan bilik sapa nak maintain?


Monday, July 1, 2024

Nyaris Terjebak....


Biasanya di kawasan perumahan mereka berkongsi pembantu rumah - 4 jam pagi rumah lain 4 jam petang di rumah lain pulak. Dua kali seminggu bergilir- gilir rumah..

Masalah kita ni bila nak buat semua kerja tak sempat sudah tentu perlukan pembantu. Pembantu- pembantu rumah tu semuanya perlukan kerja nak menyara ibubapa dan anak-anak yang mereka tinggalkan di kampung.

Ada juga majikan yang menganiayai pembantu dan ada pembantu yang tidak amanah - tak boleh nak kata apa dah...

Tapi yang seriau sikit ialah ada majikan yang suka menuduh pembantu mereka mencuri...pulak tu bukan sebarang curi....

Ada yang tuduh buku resepi kueh mueh yang dikumpul sejak tahun 1960an telah hilang diambil oleh pembantu.....yang kena tuduh kata tak payah curi dalam You Tube berlambak ada resepi.

Paling hebat sekali pressure cooker telah dicuri, sampaikan yang kena tuduh tergelak - berat tu nak bawak balik jalan kaki, rumah jauh...

Paling kelakar sekali ialah sambal daging hilang bersama dengan botol kaca bertutup..

Salah seorang pembantu rumah yang pernah bekerja dengan saya beritau...Kak..kalau orang gaji nak mencuri dia akan ambik barang kemas. Sebenarnya orang gaji akan tahu kat mana tuan rumah simpan barang berharga. Siapa yang berniat jahat dia akan sapu terus barang tu, tapi kebanyakan kami yang datang buat kerja untuk menyara keluarga di kampung.....

Apa yang terjadi seterusnya sungguh tak diduga..saya pernah misplaced kerongsang intan yang sebesar hujung jari kelingking - intan tak berharga, hanya emas yang menyalutinya yang berharga. Emas tu pula bermutu rendah sesuai dengan batu intan. Namun begitu saya menahan sabar beberapa lama tak nak tanya pembantu rumah sebab saya yakin dia tak ambik.

Sementara itu bisikan hati tenggelam timbul menyangka dia ambik....ah takkan dia ambik, dia orang amanah, eh..dia ambik - sapa lagi yang keluar masuk rumah , dia lah...ah tak munasabah..dah kerja lama kat sini..and so on sampai saya terjumpa balik kerongsang itu terselit dalam salah satu beg tangan saya..

Saya pun hampir- hampir terjebak dalam kancah tuduh menuduh! Jangan main- main dengan sangkaan...kalau kita kalah tok aki yang bertanduk tu yang menang!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...