Monday, July 15, 2024

Jual Ke Tak Jual...



Masa saya kecik dulu ada dua buah rumah yang ditinggalkan kosong di kampung saya. Sebuah darinya akhirnya reput di makan anai-anai Dan sebuah lagi tersergam indah tapi tak bertuan...lepas tu keluarlah cerita rumah tu berhantu!

Rumah pusaka selalunya sama ada akan menjadi rebutan yang boleh membawa perbalahan yang berpanjangan atau akan ditinggalkan begitu saja..

Bila ibubapa dah mati, masalah akan timbul - kena tukar nama  kepada waris-waris yang hidup. Biasanya bila suami mati, isteri yang tinggal di rumah itu bersama anak-anak atau tinggal bersendirian sebab semua anak dah ada kediaman sendiri.

Masalah timbul bila ibu mati barulah nak tukar nama dan prosesnya pula memakan masa yang panjang. Biasanya rumah pusaka dijual dan duit dibahagi-bahagi sesama adik beradik ikut faraid. Tapi kadangkala panjang lagi masalah yang timbul tentang pembahagian  Faraid ini.
( boleh pergi kursus tentang Faraid )

Kadang- kadang tak semudah itu nak jual rumah, akan timbul macam- macam pertelingkahan dan pelbagai fitnah. Ada yang dah duduk di rumah tu tak nak keluar - dia kata dia yang jaga mak ayah sampai mereka mati..jadi dia lebih berhak. Maka ungkit mengungkit pun berlaku...

Ada kes bila bapa meninggal anak jual rumah, bagi duit pada semua waris termasuk ibunya sekali. Masing-masing boleh beli rumah yang lebih sesuai untuk kediaman mereka atau manfaatkan duit pesaka dengan cara lain..

Orang kiri kanan, luar tepi pun mulalah pot pet pot pet tuduh anak tak bertimbang rasa dan sebagainya...biarlah mak duduk rumah besar tu sampai dia mati. Tapi rumah besar lapan bilik sapa nak maintain?


No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...