Wednesday, September 18, 2024

Enam Tahun Dah Pandai...

 ...tiga bahasa..

Pagi tadi saya saya ada temujanji di Hospital Kuala Lumpur. Temujanji pukul 8 pagi, saya sampai pukul 8.15 pagi, sudah ada beratus orang di ruangan menunggu...mungkin dorang bawak sleeping bag malam tadi...haha...

Seorang wanita India bersama anak lelakinya berumur 6 tahun datang duduk di sebelah saya. Comel je dan bukan main  manja dengan maknya. 

And this grandmama tak lepas peluang mengusik si comel tu..

Dah sekolah ke belum?

Dia malu-malu nak jawab...lalu lari- lari anak ke hujung sebelah sana. Rupanya grandmama dia duduk menunggu kat situ...

Mak dia kata kat rumah cakap banyak - pandai cakap Melayu!

Dia suka tengok Upin Ipin, sampai dia panggil nenek dia Opah!

Dia selalu marah saya kenapa asyik cakap Tamil dan English saja, cakap Melayu lah sama....

Saya sungguh terpegun dengar cerita dia. Seorang kanak- kanak kecil bukan Melayu pandai berbahasa Melayu kerana menonton  Siri Upin dan Ipin.

Sesungguhnya setiap program yang berqualiti tinggi dan dapat menyampaikan mesej pada audien dengan baik, menghasilkan kesan yang baik dan dapat menyatukan rakyat yang berbilang kaum!



Monday, September 9, 2024

Kelam Kelibut Bukan Main

 Bila sepupu dan keluarga beritau  nak datang ke rumah, suka sangat kita ni. Plan nak masak @ order makanan sedap-sedap bagi dorang happy datang rumah kita.

Minggu lepas awal pagi Kak S beritau nak datang ziarah tapi nak datang lepas lunch. Kak S dan dua orang anak saudara dan seorang menantu....all ladies pegi outing dan lunch sekali.. Kak S datang dari Alor Setar nak melawat cicit di KL.

Saya pun seperti biasa telefon Yati nak oder makanan. Malangnya Yati cuti pulak..dia balik tempat suaminya sebulan sekali.

Kita ni pun menggelabah badak tak tau nak masak apa, tak boleh fikir nak beli apa dan kat mana - sebab tengah sakit kaki. Akhirnya call Beautiful Life nak suruh oder kueh, nasib baik dia ada sahabat baik - Aza D'Kaza - seorang event manager to solve the problem.

Setelah Kak S sampai di rumah, depa pegi solat jamak qasr dulu. By the time depa siap solat - juadah belum sampai lagi - sambung borak..... lama-lama mula lah menggelabah kuih tak sampai....Bila tanya Beautiful Life...

Mana kueh tak sampai lagi? 

Aza dah oder dan dah patut sampai dah ni...

Gedebuk gedebak rupanya rider tak jumpa cari rumah!

'Ala kulliy hal bila kueh sampai semua orang teruja....

Kuih cantik dan bewarna warni pilihan Aza . Rasanya sangat sedap sepadan dengan rupanya yang cantik molek!

( Selamat Maju Jaya pengusaha kuih mueh ini di mana saja dia berada )



Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...