Wednesday, September 18, 2024

Enam Tahun Dah Pandai...

 ...tiga bahasa..

Pagi tadi saya saya ada temujanji di Hospital Kuala Lumpur. Temujanji pukul 8 pagi, saya sampai pukul 8.15 pagi, sudah ada beratus orang di ruangan menunggu...mungkin dorang bawak sleeping bag malam tadi...haha...

Seorang wanita India bersama anak lelakinya berumur 6 tahun datang duduk di sebelah saya. Comel je dan bukan main  manja dengan maknya. 

And this grandmama tak lepas peluang mengusik si comel tu..

Dah sekolah ke belum?

Dia malu-malu nak jawab...lalu lari- lari anak ke hujung sebelah sana. Rupanya grandmama dia duduk menunggu kat situ...

Mak dia kata kat rumah cakap banyak - pandai cakap Melayu!

Dia suka tengok Upin Ipin, sampai dia panggil nenek dia Opah!

Dia selalu marah saya kenapa asyik cakap Tamil dan English saja, cakap Melayu lah sama....

Saya sungguh terpegun dengar cerita dia. Seorang kanak- kanak kecil bukan Melayu pandai berbahasa Melayu kerana menonton  Siri Upin dan Ipin.

Sesungguhnya setiap program yang berqualiti tinggi dan dapat menyampaikan mesej pada audien dengan baik, menghasilkan kesan yang baik dan dapat menyatukan rakyat yang berbilang kaum!



No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...