Semasa adik saya mengahwinkan anaknya pada awal tahun lepas, hanya saya dan anak- anak saja jadi tulang belakang majlis. Sepupu dan anak2 sepupu yang lain tinggal berjauhan. Mereka datang pada hari kenduri.
Ahli keluarga sebelah ayah yang ada di Rompin semua telah meninggal dunia - hanya tinggal beberapa orang anak saudara sepupu. Ibu bapa saya, ibu saudara, bapa saudara semua dah tiada.
Masa saya kecik sepupu semuanya dah berkahwin dan anak2 mereka sebaya dengan saya. Sepupu pun seorang demi seorang mati of old age atau mati sakit.
Semasa balik Rompin baru- baru ni anak- anak kata..
-Mak kita ni takde family tree kan?
Masa saya dilahirkan kedua- dua belah datuk dan nenek dah takde. Orang lain ada tok nenek saya tak tak pernah ada..
Emak saya anak Cina yang dibela oleh keluarga Melayu dari Kemaman yang kemudiannya berpindah ke Rompin. Setelah kedua- ibubapanya mati mak saya tiada keluarga lain lagi. Keluarga mak bermula bila berkahwin dengan ayah.
Jadi bagi keluarga saya, family tree mula dari ayah saya kepada saya dan anak cucu kemudian hari - sort of macam pokok baru tumbuh.
Anak saya kata orang lain ada juga Melayu kahwin Cina, tapi dorang tahu susur galur keturunan dia sampai ke negeri Tongsan.
That's why I always boasted that I ada darah Kublai Khan. My husband gelak - where got The Khan's Clan yang migrate kat Tanah Melayu nih!
No comments:
Post a Comment