Friday, March 21, 2025

Me And My Puak Gerabak..


Walaupun kita ada pertalian darah dengan seseorang, kadang kala kita tak rapat dengan mereka. Bukan kerana sombong atau tak mesra tapi kerana keadaan yang menentukannya.

Kalau kita tinggal berlainan tempat dengan sedara mara sudah tentu  akan jarang berjumpa. Mungkin setahun sekali pada waktu Raya, atau kalau ada yang sakit atau kematian atau ada majlis  perkahwinan..

Sepupu-sepupu yang sangat rapat masa kecik dulu, bila berjumpa dah tak ada gurau senda dan buat merapu lagi, mungkin masing- masing dah tua perangai pun telah berubah...

Walaupun perasaan kasih sayang tetap tersemat di hati tapi masing- masing telah menjalankan kehidupan sendiri. Gaya hidup pun dah berbeza, yang berpangkat dan berharta tak sama dengan yang biasa- biasa....tapi kita bersaudara..

Kadang- kadang kita bernostalgia masa kecik2 dulu sentiasa bermain bersama.

Semasa saya masih bersekolah rendah setiap hujung tahun arwah mak akan bawak saya dan adik pergi ke Kampung Aur. Rumah sepupu saya di tebing  Sungai Aur - setiap pagi dan petang kami mandi sungai. 

Air sungai jernih dan cetek , boleh nampak ikan. Tapi di tengah sungai air sangat dalam. Bila mandi anak sepupu saya akan berenang ke tengah sungai tapi saya maintain kat gigi air je ....

Ada kalanya dia mengayuh sampan bawak saya mudik ke hulu sungai dan singgah di pengkalan, lepas tu berkayuh balik. Masa tu kami berumur 11 tahun. Saya punyalah teruja! Saya sangat bercita-cita nak belajar berenang dan mengayuh perahu.  

Pada umur tu selalu berfikir kenapa lah saya duduk di Kuala Rompin bukan di Kampung Aur!



Friday, March 7, 2025

Ambik Jalan Kanan Atau Jalan Kiri ......


Kebanyakan dari kita sejak kecik lagi dah belajar mengaji...

Baca pandai dah, baca lancar dah..tapi kita tak tahu makna pulak. Mungkin datang suatu masa kita nak tahu maknanya, lalu kita beli Al Quran terjemahan...baru faham apa yang kita baca..

Sekarang dah ramai menghadiri kelas- kelas tajwid dan kelas tafsir juga kelas tadabbur. Ilmu makin bertambah..lebih faham maksud ayat dan macam- macam perkara mengenai Ilmu Al Quran.

MasyaAllah Tabarakallah...rupanya dunia ini banyak berubah setelah dilanda wabak...paling ketara tersebarnya pelbagai ilmu di alam maya. Boleh pilih jalan kanan atau jalan kiri..

Masa PKP dulu saya terserempak dengan syarah Kitab Sirah Nabawiyyah Raheeq  AlMaktum oleh Ustaz Salman Ali  dari Qatar di Youtube. Rupanya ini peluang yang baik sebab selama ni didn't come across orang menadah Kitab Sirah Rasulullah SAW ni..

Dari sini kita dapat huraian yang lebih mandalam tentang peristiwa perang yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan sahabat2 baginda seperti yang dirakam sebahagiannya dalam Surah At Taubah dan beberapa Surah lain.

Pendetailan tentang pembukaan Kota Mekah, peperangan , ancaman dan pengkhianatan Kaum Yahudi dan Kafir Mekah. Paling utama kejahatan golongan munafik yang merupakan duri dalam daging pada Kaum Muslimin.

The latest is syarah Kitab Raheeq AlMaktum oleh Ustaz Abu Anas Madani telah berada di alam maya, semoga kita semua mendapat manfaat darinya.

Ala kulliy hal kalau kita mengambil one step at a time...lama- lama banyak steps jugak jadinya...bak kata pepatah :  Sedikit- sedikit, lama- lama jadi bukit.......atau beberapa buah bukit......kalau umur panjang dan istiqomah.....



Pakai Lawa Sikit...

  .....bila nak pergi hospital... Bukanlah pakai baju Raya atau baju dinner , silk atau brocade. Baju- baju tu simpan dulu... Untuk pergi ho...