Walaupun kita ada pertalian darah dengan seseorang, kadang kala kita tak rapat dengan mereka. Bukan kerana sombong atau tak mesra tapi kerana keadaan yang menentukannya.
Kalau kita tinggal berlainan tempat dengan sedara mara sudah tentu akan jarang berjumpa. Mungkin setahun sekali pada waktu Raya, atau kalau ada yang sakit atau kematian atau ada majlis perkahwinan..
Sepupu-sepupu yang sangat rapat masa kecik dulu, bila berjumpa dah tak ada gurau senda dan buat merapu lagi, mungkin masing- masing dah tua perangai pun telah berubah...
Walaupun perasaan kasih sayang tetap tersemat di hati tapi masing- masing telah menjalankan kehidupan sendiri. Gaya hidup pun dah berbeza, yang berpangkat dan berharta tak sama dengan yang biasa- biasa.
Kadang- kadang kita bernostalgia masa kecik2 dulu sentiasa bermain bersama.
Semasa saya masih bersekolah rendah setiap hujung tahun arwah mak akan bawak saya dan adik pergi ke Kampung Aur. Rumah sepupu saya di tebing Sungai Aur - setiap pagi dan petang kami mandi sungai.
Air sungai jernih dan cetek , boleh nampak ikan. Tapi di tengah sungai air sangat dalam. Bila Mandi anak sepupu saya akan berenang ke tengah sungai tapi saya maintain kat gigi air je ....
Ada kalanya dia mengayuh sampan bawak saya mudik ke hulu sungai dan singgah di pengkalan, lepas tu berkayuh balik. Saya punyalah teruja! Saya sangat bercita-cita nak belajar berenang dan mengayuh perahu. Pada masa tu selalu berfikir kenapa lah saya duduk di Kuala Rompin bukan di Kampung Aur!
No comments:
Post a Comment