A beritahu seorang jirannya telah meninggal dunia di HKL dan persiapan telah dibuat untuk menghantar balik jenazahnya ke Seberang.
Semua ahli komuniti telah mengumpul duit untuk pengurusan jenazah. Akhirnya jenazah tidak jadi dihantar balik sebab kos yang tinggi. Ahli keluarga bersetuju ia di semadikan di sini....Setelah itu mereka ramai- ramai mengadakan kenduri arwah. Setiap ahli akan membawa bahan- bahan mentah dan masak beramai- ramai di rumah balu simati.
Sebenarnya itulah yang sepatutnya kita buat, bawak makanan ke rumah simati untuk mengurangkan kesedihan dan kesusahan simati...
A beritau di kampung asalnya memang mereka akan menolong orang2 yang kematian ahli keluarga mereka. Begitu jugak masa kenduri kahwin orang- orang kampung bagi hadiah barang2 dapur. Dan ramai juga yang hadiahkan sabun basuh...yang boleh digunakan sepanjang masa..
Masa dulu-dulu kat kampung kita ada juga yang bagi gula, beras dan lain2 barang kering sebagai hadiah kenduri kahwin. Ramai juga yang bawak hadiah set gelas . Tak hairanlah lepas kenduri kahwin rumah dipenuhi macam2 jenis gelas minuman - besar, kecik, hijau, kuning, merah....
Tapi lama kelamaan lebih mudah menghadiah duit untuk majlis kenduri kahwin atau lain - lain kenduri kesyukuran...
Tapi timbul pulak fenomena salam kaut.......kalau pergi kenduri tak bawak sampul.....dok leh lah weh.....
Akhir kalam kalau pergi kenduri tu, rajin-rajinlah tolong doa untuk tuan kenduri semoga majlisnya selamat dan sempurna adanya....
No comments:
Post a Comment