Bila dia balik kampung saya masak asam pedas, tapi rasanya tak sama macam yang Ida buat...erkkk..
Bila kami berpindah ke Alor Setar Letchumi ambik upah cuci rumah dan gosok baju. Letchumi telah mengajar saya masak kari ala kari mamak. Sampai sekarang bila tang masak kari saya tak bagi orang lain yang masak. Saya tak nak hilang resepi lagi sekali.
Rupanya masak memasak ni kalau kita selalu buat lama- lama jadi mahir dan sedap sesuatu makanan itu. Tapi bila kita dah lama tak masak akhirnya hilang kemahiran dengan resepinya sekali.
Percaya tak kalau saya kata tak pandai buat sambal belacan? Memang betul sebab oleh kerana suami tak boleh makan pedas habis satu keluarga tak makan sambal belacan ( kat rumah ) . Tapi bila kat luar makan je...siap beli bawak balik haha....
Kalau nak buat sambal belacan tu boleh je - tapi tak sedap lah...

No comments:
Post a Comment