Tuesday, June 19, 2012

Sunday, June 17, 2012

Sejukkan Mata









If you don't want to be tied down to your plants:

1. Throw away all the potted plants because they need daily watering, weeding etc
     ( keep a few that you really love )
    

2. Maintain the hardy plants - you don't have to water them everyday ,
    just fertilise them once a month and prune them once in a while
    and you don't even  need to talk to them!

3. If they are untidy, leave them be! manicured gardens are expensive!




Friday, June 15, 2012

Jangan Syak Wasangka




Ada satu cerita yang diceritakan oleh tuan yang empunya diri - mengenai ikan belaannya dalam kolam di rumahnya.

Kolam dia tu penuh dengan ikan koi yang dah besar -besar -  koi Jepun pulak tu!

Apabila dia dan keluarganya pergi melancong, diamanahkan drebanya memberi makan ikan dan menjaga rumahnya.

Setelah beberapa minggu mereka pun balik - dan didapati kolamnya sunyi senyap ,  tak ada seekor pun ikan  yang tinggal dalam kolam tu.

Bila tanya pak supir - katanya tak tahu ....

Tuan ikan pun tak terkata apa !

Tapi  dia syak ikan tu dah kena makan dek......... ( kalau ayat ni dihabiskan, dapat dosa free sebab main agak-agak dan syak wasangka  ).























Thursday, June 14, 2012

Terima Seadanya?


Sifat kedekut tiada ubatnya dalam dunia ni melainkan bila hilang segala harta barulah menyesal .

Semah  dah masak benar dengan perangai  Mek Wok. Pernah satu ketika Mek Wok buat kenduri untuk ahli keluarganya sahaja dan tak jemput orang lain. Pada esok harinya dia datang bawak sedikit nasi dagang lebihan kenduri semalam untuk sahabat baiknya tu. Bila  Semah nak  makan rupanya lauk nasi dagang tu dah terhangit ( akibat beberapa kali dipanaskan sebab takut basi ).

Kebetulan pada hari yang sama suami Semah bawak balik nasi dagang .  Kebetulan seorang kawan  datang  ke rumah,  Semah pun hidangkan nasi dagang yang suaminya bawak balik tadi ( memanjangkan rezeki ). Rupa-rupanya cerita dah sampai ke telinga Mek Wok - mengatakan nasi dagang yang kawan tu makan di rumah Semah sungguh sedap. Mek Wok pun teruja bukan main , dia ingat  nasi dagang berlauk hangit yang dia bagi tu  yang sedap !

Apabila Mek Wok bertemu Semah pada hari yang lain dia pun berkata, hari tu saya beri lauk nasi dagang kat awak terhangit sikit , sebenarnya ada  seperiuk lagi lauk yang elok.....
( Bagi apa kat orang  lauk yang dah hangus tu kalau ada seperiuk lagi yang elok! Aloh lah Mek Wok weh... )

Semah kata  sifat bakhil Mek Wok tu dah kronik, tapi dia tak ambil hati, jangan ingat buruk dia ingatkan baik dia........sebab  pada ketika yang lain semasa Semah katam alQuran, Mek Wok hadiahkan dia sebiji puding yang sedap dan cantik - semua orang terkejut dengan kemurahan hati Mek Wok tu! ( depa ingat Mek Wok dah buang tebiat )

Kata Semah  - kena terima kawan  seadanya!

( Baiknya engkau Semah.....kalau orang lain dah lama right off nama Mek Wok tu! )


Tuesday, June 12, 2012

Go Green!





 I planted this pokok kadok or piper sarmentosom 15 years ago and still surviving to this day

Daun kadok  can be eaten as a side dish - blanche the leaves and dip in sambal belacan cili padi!

























Sunday, June 10, 2012

Macam Tak Percaya!

Buang sampah ke dalam laman jiran!

Sebenarnya banyak berlaku dan kerap kali menimbulkan perbalahan.

Seorang ibu mengadu jiran sebelah rumah anaknya , bila menyapu sampah tak ditadahkan dan tak dibuang dalam tong sampah, tapi ditala ke rumah anaknya. Tak sudah dengan tu anak cucu dia selamba je buang  sampah ke dalam pagar jiran .

Di kampung pulak lain cerita, oleh kerana rumah jiran-jiran  agak berjauhan, sebab tanah luas, timbul masalah sempadan. Ada jugak jiran yang menghalakan longkang mereka ke tanah orang  sebelah sehingga terjadi kolam kecik di situ ( yang berbau busuk ) akibat dari aliran air mandi dan air kumbahan !

Ada yang tak sabar, sampai bawak parang ke rumah jiran.....maklumlah cakap sikit-sikit buat selamba derk je - bila nampak kilauan parang baru menggelabah,  habis anak cucu dikerah gali parit menghala masuk ke tanah sendiri.



pokok jambu golok

Belakang pokok jambu golok ialah sempadan tanah pusaka - elok je depa datang pacak rumah gelandangan ( yang berdinding zing ) betul-betul atas line! Ada juga yang buat rumah atas tanah sendiri tapi tangga dan lambor masuk ke tanah orang.....siap buat court badminton lagi depan rumah.
Tak kira lagi buah kelapa, buah mangga dan buah jambu golok dah jadi hak bersama - main ambik tak bertabik dah kat tuan tanah!

Mujur jugak orang kampung tak reti lagi main saman menyaman.....kalau tak gempaq habis kisah saman jiran ke atas jiran, saman isteri terhadap suami kerana tak beri nafkah atau saman makmun terhadap tok imam yang  menyebabkan ramai makmum  mufarakah setiap kali tok imam tu on duty!





Saturday, June 9, 2012

Rumah Kosong








Sebuah keluarga yang mempunyai 6 orang anak yang masih kecil datang berziarah . Saya pun menyediakan sedikit makanan yang disukai kanak-kanak dan membuka semua pintu rumah - depan belakang dan pintu dapur supaya kanak-kanak dapat berlari dan bermain dengan bebasnya keluar masuk rumah. Maklumlah dalam rumah takda permainan budak kecik ( kalau ada pun satu dua yang lama-lama dulu ), tv pun takde channel kartun.








Semasa dalam kereta nak balik, anak-anak itu bertanya pada ibu mereka  - mama kenapa rumah nena tu kosong je takde orang?

Rupanya budak-budak pun perasan rumah dah jadi empty nest!

Mengingatkan saya semasa tinggal di Kuching pada tahun 1994-1996 , masa tu anak yang bongsu berada dalam darjah tiga. Oleh kerana laman rumah kami agak luas,  anak-anak jiran datang bermain bola, main kejar-kejar dan sebagainya setiap petang. Riuh rendah kanak-kanak bermain - kami tumpang gembira!

Ada salah seorang anak jiran  bertanya ibunya....
Ma, pelik sungguh  makcik tu, orang lain sema ada baby dia sorang je yang takde baby!

Begitulah kanak-kanak , mereka cakap apa yang mereka perhati - mereka tak pandai membohong!




Thursday, June 7, 2012

Kisah Benar



Setelah menerima duit upah kerja pada hari tu, bukan main syukurnya dia - M bukak cerita -
Kak, semalam saya anak beranak kebingungan , duit belanja putus , dah tak tahu nak korek kat mana....
Anak-anak sedih, dah macam putus asa .  Bila dapat panggilan suruh buat kerja ( trim pokok dan cabut rumput ) - anak-anak gembira sangat , semua rasa lega.

( Suami M meninggal beberapa tahun lalu , bersusah payah memelihara anak-anak dengan gaji yang kecil dengan sedikit sebanyak duit tambahan buat kerja sambilan lain )

M bercerita penuh  senyuman , sedangkan air matanya mengalir ke pipi.

Kalau kita luangkan masa dengar cerita kesusahan orang-orang yang kita kenal , sudah tentu kita dapat menolong mereka sedikit sebanyak.

Kadang-kadang dalam lebihan rezeki  pada kita, ada rezeki orang lain di situ - walaupun sedikit!.







Tuesday, June 5, 2012

Pretty Lilies



















..even though you never pamper them





...or sometimes ( most of the time ) just ignore them












....they keep on flowering, regardless!



Thank you pretty lilies.









Sunday, June 3, 2012

Aloh Lah Weh!





........kita ni kalau ada rezeki lebih sikit jangelah buak kupik!

Kadang-kadang nak tergelak jugak dengan perangai manusia yang berkira sangat aka kedekut tak bertempat.

Ada seorang kawan yang pandai buat telur pindang , dia buat telur pindang untuk menambah pendapatannya. Setiap kali  ada tempahan untuk kenduri kecil atau besar, dia akan buat lebih untuk dijual pada kawan-kawan yang suka makan telur pindang. Setiap kali kami yang ramai-ramai ni  beli 10 biji seorang  -  bagi moral support pada kawan tu.

Percaya atau tidak sipolan yang sorang ni declare - laki dia tak suka makan barang yang dibeli @ makan dari buatan orang lain. Jadi dia pun menarik  tuan telur pindang di bawa ke tepi sikit nak tanya macam mana cara nak buat telur pindang tuh - dia nak buat sendiri telur pindang nak hidang kat laki dia!

Nasihat kami pada sipolan tu beli jelah telur pindang tu, laki engkau bukannya tahu sapa yang buat! Selalunya suami makan je apa yang isteri dia hidang - tak taulah kalau ada tok laki yang fussssssyyy sangat!....tiap kali nak makan tanya sapa masak ni, sapa buat ni atau ni buat ke beli?









Friday, June 1, 2012

Hati-Hati Memilih Kawan

Salah seorang  ahli keluarga kami kena madu pada umur 60 tahun. Hancur luluh hatinya, diharap panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

Dalam pada tu dia ada beberapa kawan rapat yang sentiasa beri sokongan moral padanya - sekurang-kurangnya terubat juga hati yang terluka. Dalam ramai-ramai kawan tu ada seorang yang sangat rapat dengannya. Kawan ni memberi segala information yang dirasakan perlu untuk mengubat hati sahabatnya. Antaranya ialah.....

Cik Nah nak tau Abang Aji pi kendughi dengan sapa haghi ni?
Kenduri apa? tang mana?
Ni nak habaq mai, kendughi rumah Tok Piah - dia bawak yang nu piii!
Ya ka? terkejut macam nak naik sawan akak tu
 ( akak....janganlah naik sawan pulak, kan hari ni giliran yang sanaaa ! )
Nak tau, yang sana tu menyombong bukan main, tunjuk lagak jadi bini orang kaya!
Isyyy....Bang Aji dah teruk kena perasap dah tu!
( dia memang nak berbini muda, tak payah perasap pun! )
Cik Nah tau? pakai ghantai besaq sama macam hak Cik Nah dok pakai selalu tu...
( ehh..asyik mencucuk je ni, kang laki awak pulak bukak cawangan, baru tau )
Hoii....geram tak terkiralah akak tu....kalau ada sungai dekat rumah rasa nak terjun!
( pada akak terjun baik tolak Abang Aji tu je ke dalam sungai! biar dia melolong )

Begitulah sahabat setianya, hari-hari dok beri racun kat ahli keluarga kami tu sampai tak kering air mata menangis!

Pernah juga kami nasihatkan dia, jangan bagi muka kat kawan dia tu - tapi dia tak tau macam mana nak buat , dah kawan lama.

Lantaklah akak oii , dah nak tau sangat cerita belah sana tu, tanggunglah sendiri!


Rumput Asli Vs Rumput Palsu

    Masa menyangkul panas bukan main, bila dah siap turun hujan macam banjir... Hari panas terik, tiada angin dan ditambah dengan jerebu yan...