Masa kecik dulu masih ingat banyak peristiwa bermain dengan kawan-kawan . Budak kecik dan besar bermain sama-sama , budak lelaki main bola sepak - yang kena jadi penjaga gol pulak sinangoi-nangoi berhingus tu yang jadi mangsa. Budak-budak besar semuanya tak nak jadi gol keeper - depa nak main bola betul-betul - jadi gol keeper buat apa, dok bodo depan pintu gol! Kalau gol bolos depa tak marah sebab gol bukan matlamat tapi yang sepak bola keliling padang tu yang lebih seronok.
Kadang-kadang yang kecik-kecik tu ada yang keras kepala, sekali sekala depa pun nak merasa juga tendang bola - pergaduhan berlaku bila yang besar-besar tak bagi peluang! Ada yang balik mengadu pada mak - mak pun datang ke padang bola panggil kapten suruh bagi anak dia main tengah padang........semua sakit hati . Dah tentulah yang kecik tu tak merasa nak tendang bola, takde sapa pun nak pass bola kat dia - turun naik lah dia sampai lembik.
Esok petang abang-abang pun kata - kalau engkau tak nak jaga gol , engkau tak boleh main, tengok semalam - sekali pun engkau tak dapat bola! jadi si adik tadi kenalah terima hakikat kalau nak masuk geng orang besar kena ikut kata depa!
Masa kecik main bola tak pernah fikir strategi nak sumbat bola dalam gol - masing-masing syok sendiri dribble bola keliling padang dan nak sumbat gol pun takde masalah - penjaga gol budak kanyak - sebab tulah agaknya pasukan bola kita jarang dapat gol bila bermain di peringkat antara negara..............ooopps...mulut cerobeh pulak!
Friday, July 6, 2012
Wednesday, July 4, 2012
Adat Bertamu
Seorang jemaah dengan berbesar hati menjemput seorang Pendakwah bebas dan sahabatnya datang berehat di rumahnya selepas jamuan tengahari. Pada asalnya Penceramah dan sahabatnya itu hanya nak berihat di masjid sementara menunggu ceramah disambung pada pukul 2.30 petang.
Pendakwah pun gembira sebab ada orang yang sudi menjemput datang ke rumahnya, bolehlah berehat-rehat melurus-luruskan pinggang . Tetamu pun dijemput duduk di ruang tamu yang begitu cantik dan teratur. Setelah bersembang dan menghidangkan air tuan rumah pun minta diri naik untuk solat di biliknya. Mujur jugak tetamu masih ada wudu' lagi, jadi mereka pun bersolat di ruang tamu di celah-celah sofa yang memenuhi ruang.
Tandas yang disediakan untuk tetamu berada di kawasan dapur yang kena turun pulak beberapa mata anak tangga. Bila dijenguk rupa-rupanya - it is a squatting toilet! dan tandas macam dah ditinggal lama, dipenuhi nyamuk dan berbau!
There's no way they can use that squatting toilet - ke dua-dua mereka masing-masing ada masalah kaki dan tulang belakang - takpelah, karang sampai kat masjid boleh guna tandas di masjid.
Jemput tetamu yang datang dari jauh pergi ke rumah , tinggalkan tetamu di ruang tamu , tak bagi kemudahan-kemudahan asas yang perlu sedangkan rumah itu ada lagi 2 bilik yang kosong - boleh je beri mana-mana satu bilik untuk berihat dan boleh gunakan tandas dengan lebih selesa . Sedih jugak kami masa tu..............
Oleh kerana Pendakwah seorang yang tawaddu' , beliau write off je peristiwa itu .......
Sahabat dia yang kurang sabar tu pun kata, lain kali jangan ikut orang yang tak kenal walaupun dia mengajak bersungguh-sungguh dan sepenuh-penuh hati!
Monday, July 2, 2012
Yang Menggelikan Hati
.........sampai hari ni pun kalau keluar cerita Ipoh , kami akan tergelak....
Habibti telah dijemput untuk memberi tazkirah pada jemaah haji di Ipoh Perak beberapa tahun yang lalu. Saya pun menemani beliau ke Ipoh dan tidur di sana 1 malam. Pada masa tu saya mengalami sakit kaki dan beliau pun ada sakit belakang ( Alhamdulillah sekarang dua-dua dah ok )
Dari KL kami dibawa terus oleh penganjur ke rumah ibunya ke luar sikit dari bandar Ipoh ( memandangkan ceramah akan bermula pada pagi esoknya di sebuah masjid ) - rupa-rupanya ada majlis kecil untuk menyambut Habibti .
Bila sampai di depan rumah, ramai yang menyambut Habibti - tunggu punya tunggu Habibti tak keluar keluar.......( mungkin depa dok heran awat tak keluaq lagi dari kereta tu! )
Ghope-ghopenya pengiring tok guru tu ada masalah besar, kaki jadi berat sebelah dan kejang ( sebab duduk lama ) dan tak boleh nak gerak serta merta, tak boleh angkat pun.
Jemaah yang ramai itu pun keluar datang menjenguk dalam kereta...depa pun menunggu dengan sabar sehingga lah Habibti minta sedikit masa untuk keluar kereta.....ada masalah sikit nak keluar tak boleh.....
I suruh Habibti jalan dulu sebab I kena tunggu lama sikit nak luruskan kaki sedangkan beliau adalah guest of honour, tapi beliau insisted nak tunggu jugak ( dia risau sebab I tak boleh bergerak ).
Ahirnya I berjalan terdengkot-dengkot mengekor Habibti dari belakang! Kedua-dua kami nak tergelak, tapi control macho! Takut orang kata dah lah keluar kereta lambat, dok gelak-gelak plak!
Saturday, June 30, 2012
Buah Yang Jarang Dijumpai
Habibti telah dijemput pergi ke kebun seorang sahabat kami di Janda Baik. Di kebun tu ada sepokok buah yang dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Samanea Saman. Oleh kerana pokok ni hampir pupus di Malaysia, ramai yang tak kenal dan tak pernah makan buahnya.
Habibti tak pernah tengok buah tu sebelum ni , bila dia tanya apa nama buah tu , kami pun beritau ie buah ko#% mamak ( knowing that she won't understand the meaning ). Bila makan Habibti kata sedap, dan beliau nak beritahu hubbynya. Oleh kerana the menfolk duduk berjauhan dengan kami - mereka di atas beranda dan we ladies di tepi sungai -
Beliau pun mengangkat buah tu tunjuk pada Wan dari jauh .......Wan....you pernah makan buah ni? Nama dia buah ko.......( kami pun terus menutup mulutnya )
Hoho..jangan sebut nama buah ni....bahaya besar...
| Wiki search |
Why, what's wrong?
Nama buah tu very offensive! Tak boleh sebut kuat-kuat
Why? why?
We started laughing...and told her the real meaning of that buah Samanea Saman mengikut nama kampungnya......
Tak tahulah sapa yang bijak sangat bubuh nama yang agak x- rated kat buah yang tak berdosa tuh ! Dahlah pokok nama lain buahnya pulak nama lain.......pelikkan?
Friday, June 29, 2012
Syukur Nikmat
Seorang kawan berasa risau sebab dia kata dia tak pandai bersyukur sedangkan Allah kurniakan kesenangan dan kesihatan padanya dan keluarga. Dia kata dia tak tahu cara yang betul untuk bersyukur ( sedangkan dia memang bersyukur segala nikmat yang diterimanya ). Dia rasa syukurnya sikit sangat berbanding dengan nikmat yang dia ada.
Kami pun tak tahu nak kata apa. Ada di antara kami menceritakan pengalaman yang menyebabkan kami bersyukur pada Allah tentang nikmat kesihatan. Ketika kami sedang dalam keadaan ketidakselesaan dan kesakitan - baru insaf betapa sedikitnya kita bersyukur.
Ada yang duduk dalam tandas berjam- jam kerana constipated - punyalah siksa, rasa langit rendah di atas kepala- bila dah selesai punyalah bersyukur dan baru faham betapa besarnya makna ghufranak yang harus kita ucapkan setelah keluar dari tandas!
Sebaliknya pulak seorang kawan lain yang kena diarrohea - betapa tersiksanya duduk dalam tandas tak boleh nak bangun sebab perut terlalu sakit . Bayangkan perut yang sakit dan mata pula berpinar-pinar dan kaki tangan jadi sejuk - sebab kehilangan banyak air dalam badan!
Suatu hari apabila kena selsema , semasa terjaga dari tidur badan rasa berat dan kena ambil masa lama baru boleh bangun. Masa tu terfikir kalaulah tak boleh bangun terus bagaimana? Takut sungguh kalau Allah ambik balik nikmat kesihatan yang ada pada kita......
Nauzubillah!
Kami pun tak tahu nak kata apa. Ada di antara kami menceritakan pengalaman yang menyebabkan kami bersyukur pada Allah tentang nikmat kesihatan. Ketika kami sedang dalam keadaan ketidakselesaan dan kesakitan - baru insaf betapa sedikitnya kita bersyukur.
Ada yang duduk dalam tandas berjam- jam kerana constipated - punyalah siksa, rasa langit rendah di atas kepala- bila dah selesai punyalah bersyukur dan baru faham betapa besarnya makna ghufranak yang harus kita ucapkan setelah keluar dari tandas!
Sebaliknya pulak seorang kawan lain yang kena diarrohea - betapa tersiksanya duduk dalam tandas tak boleh nak bangun sebab perut terlalu sakit . Bayangkan perut yang sakit dan mata pula berpinar-pinar dan kaki tangan jadi sejuk - sebab kehilangan banyak air dalam badan!
Suatu hari apabila kena selsema , semasa terjaga dari tidur badan rasa berat dan kena ambil masa lama baru boleh bangun. Masa tu terfikir kalaulah tak boleh bangun terus bagaimana? Takut sungguh kalau Allah ambik balik nikmat kesihatan yang ada pada kita......
Nauzubillah!
Wednesday, June 27, 2012
Tuesday, June 26, 2012
Pergi Melawat Orthodontist
Setelah gerudi gigi, tampal gigi, buat crown , buat bridging akhir sekali buat implant pulak. Mahal weh nak maintain gigi untuk seumur hidup nih. Ada kawan kata takkanlah nak biarkan gigi senget benget , buatnya umur panjang hingga 80 tahun tak patut pulak nak biarkan gigi berseranggah dan terlopong walau pun di bahagian yang orang tak nampak ( di geraham )!
Seram jugak bila pakar gigi kata titanium akan ditanam dalam gusi sebagai base pada gigi baru. Titanium ? macam nak buat peluru berpandu je?( that's uranium, right?) .
Okaaay....tanam besi titanium dalam gusi kemudian biarkan 3 bulan . Lepas 3 bulan belah pulak gusi , masukkan skrew pada titanium tu - biarkan 2 minggu sampai gusi sembuh dari torehan , kemudian baru bubuh gigi palsu yang dibuat dari zircon . Setelah itu simen pulak kelilingnya supaya tak tanggal (supaya tak tertelan! haha!). Maka dapatlah gigi baru yang palsu adanya....
( Mohon rujuk wikipedia untuk dapat fakta yang tepat - yang di atas tu fakta orang pencen )
Bila tiba masa nak jumpa doktor - stress tak terkira, kalau pegi check blood pressure tu mungkin dah naik macam roket! Tapi doktor pandai main saikoloji- proses ni sekejap je, tak sakit pun , jangan risau you are in good hands.
Memanglah tak sakit sebab dah kena bius kan? masa jab bius tu keluar jugak air mata.
Doktor cakap tu semuanya betul, tapi part yang stress dok nganga 1/2 jam lebih tu dia tak cerita...
Kata doktor dalam 20 orang yang buat implant, hanya ada dua failures, iaitu seorang chain smoker dan seorang lagi paras gula dalam darahnya maintain 10 - 15 dan dia in denial, tak mahu terima hakikat dan tak mahu makan ubat diabetes ( keras kepala pulak dia tuh! )
Sunday, June 24, 2012
Durian Runtuh
Orang kata durian runtuh ialah dapat rezeki terpijak...
Semasa di Alor Setar 20 tahun dulu ada orang bukak gerai depan rumah bila tiba musim buah . Masa tu musim buah durian dan cempedak tengah menjadi - punya banyak durian berlonggok macam bukit kecil . Terlampau banyak durian harganya pun jadi sangat murah.
Pada masa yang sama kebun buah-buahan di Yan pun sama naik menjadinya. Tiba-tiba kami dapat seguni durian kiriman dari orang Yan. Kelam kabut habis satu keluarga....sapa nak makan durian banyak-banyak ni, semua anak-anak tak makan durian, mak bapak pun makan ala kadar je - sebiji dua pun dah cukup ( bapak makan 2-3 ulas , mak dok perabis yang selebihnya ).
Bila balik Yan me husben bising...awat hantaq deghiyan banyak sangat?
Yang tu bahagian hangpa..
Banyak sampai seguni.... sapa nak makan?
Kami pun melambak dok ada, nak juai tak dak ghega....
Masa durian tengah menjadi semua dah tak larat nak pandang.
Sekarang durian dah tak berapa ada dah - kebun lama turun temurun, kalau tak ditanam semula atau tak dibaja bersungguh-sungguh - lama-lama kurus dan keringlah dia. Pokok buah-buahan pun menopause jugak!
Saturday, June 23, 2012
Friday, June 22, 2012
Orang Rajin v Orang Malas
Semasa kami tinggal di Jalan Sultanah , Alor Setar pada tahun 1990an dulu, ada sebuah gerai yang menjual pelbagai kuih muih pada waktu petang. Kuih- kuih tu semuanya sedap-sedap belaka dan yang menjadi kesukaan anak-anak ialah kuih cara. Saya pun relax bukan main, tak payah nak fikir fasal minum petang ( it is already taken care of ).
Seorang ahli keluarga komen, katanya.....alahai.. kalau setakat nak makan sikit tu buat sendirilah, tak payah beli.
Err.... ( cari excuse ).. kalau nak makan sikit , untung lagi kita beli!
Mana pulak untung beli, buat lagi untung, boleh makan lebih!
Bagi Kak S yang rajin tu kalau buat kenduri kurang dari 100 orang , masak sendiri je - bukannya payah sangat!
I pun tergagap terus tak boleh nak jawab!
Semasa di Kelantan dulu ( tahun1986 ) ada beli periuk besar - trend dulu beli periuk besar-besar simpan untuk buat kenduri. Tapi periuk tu tak pernah guna sampai sekarang sebab katerer pun boleh masak walaupun untuk 10 orang!
Periuk besar tersadai lebih dari 25 tahun dah!
Seorang ahli keluarga komen, katanya.....alahai.. kalau setakat nak makan sikit tu buat sendirilah, tak payah beli.
Err.... ( cari excuse ).. kalau nak makan sikit , untung lagi kita beli!
Mana pulak untung beli, buat lagi untung, boleh makan lebih!
Bagi Kak S yang rajin tu kalau buat kenduri kurang dari 100 orang , masak sendiri je - bukannya payah sangat!
I pun tergagap terus tak boleh nak jawab!
Semasa di Kelantan dulu ( tahun1986 ) ada beli periuk besar - trend dulu beli periuk besar-besar simpan untuk buat kenduri. Tapi periuk tu tak pernah guna sampai sekarang sebab katerer pun boleh masak walaupun untuk 10 orang!
Periuk besar tersadai lebih dari 25 tahun dah!
Thursday, June 21, 2012
Tak Boleh Balik Kampung
Anything de Chine cannot balik kampung maa.....
M went overboard, she bought a complete set of that Fu Manchu furniture - consist of a complete set of rosewood settee, a display cabinet , a day bed and some embroideries ( with rosewood frame ) for the wall - all of them are embedded with mother of pearls.
When her friend visited her house she was so tak sayang mulut .....saying...
Wah, M... aku tengok rumah engko ni dah jadi macam museum China!
When someone from Semenanjung visited me in Kuching, her comment was:
Kerusi ni tak boleh bawak balik kampung - orang kampung tak boleh terima kerusi macam ni ( kerusi de Chine ).....
And I thought she was being utterly ridiculous - eh haram ke kerusi tu?
Things has change 15 years later, today.......they go beyond kerusi China , they ally with the Chinese opposition party to make an inroad to Putra Jaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Rumput Asli Vs Rumput Palsu
Masa menyangkul panas bukan main, bila dah siap turun hujan macam banjir... Hari panas terik, tiada angin dan ditambah dengan jerebu yan...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...