Wednesday, July 4, 2012

Adat Bertamu




Seorang jemaah dengan berbesar hati menjemput seorang Pendakwah bebas dan sahabatnya datang berehat di rumahnya selepas jamuan tengahari. Pada asalnya Penceramah dan sahabatnya itu hanya nak berihat di masjid  sementara menunggu ceramah disambung pada pukul 2.30 petang.

Pendakwah pun gembira sebab ada orang yang sudi menjemput datang  ke rumahnya, bolehlah berehat-rehat melurus-luruskan pinggang . Tetamu pun dijemput duduk di ruang tamu  yang begitu cantik dan teratur. Setelah bersembang dan menghidangkan air tuan rumah pun minta diri naik untuk solat  di biliknya.  Mujur jugak tetamu masih  ada wudu' lagi, jadi mereka  pun  bersolat di ruang tamu di celah-celah sofa yang memenuhi ruang.

Tandas yang disediakan untuk tetamu berada di kawasan dapur yang kena turun pulak beberapa mata anak tangga. Bila  dijenguk  rupa-rupanya - it is a squatting toilet! dan tandas  macam dah  ditinggal lama, dipenuhi nyamuk  dan berbau!

There's no way  they can use  that squatting toilet - ke dua-dua mereka  masing-masing ada masalah kaki dan tulang belakang  -  takpelah, karang sampai kat masjid boleh guna tandas di masjid.

Jemput tetamu yang datang dari jauh pergi ke rumah , tinggalkan tetamu di ruang tamu , tak bagi kemudahan-kemudahan asas yang perlu  sedangkan rumah itu ada lagi 2 bilik yang kosong - boleh je beri mana-mana satu bilik untuk berihat dan boleh gunakan tandas  dengan lebih selesa . Sedih jugak kami  masa tu..............

Oleh kerana Pendakwah seorang yang tawaddu' ,  beliau write off je peristiwa itu .......
Sahabat dia yang kurang sabar tu pun kata, lain kali jangan ikut orang yang tak kenal walaupun dia mengajak bersungguh-sungguh dan sepenuh-penuh hati!





3 comments:

ngasobahseliman said...

Maaf KJ. Komen saya salah tempat. Maksud komen di bawah adalah untuk "Adat Bertamu". Sorry. Mata dan jari dah tak efisyen.

Kerabu Jantung said...

Dear Sis

Mungkin dia ingat melayan tetamu ialah duduk di kerusi empuk dan hidangkan minuman - yang lain-lain tu tak termasuk dalam list.

Kerabu Jantung said...
This comment has been removed by the author.

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...