Thursday, July 16, 2015
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
Hari Raya adalah hari gembira bagi semua
Tapi tak kurang juga yang berduka sebab..
- Banyak syarikat tak kira kecik besar telah mengecilkan saiz syarikat mereka
- Harga barang dan perkhidmatan bertambah naik
- Ada yang tak dapat tukar langsir baru,karpet baru, kerusi set baru, kereta baru atau berbi#* baru sebab dah kurang mampu
- Ada jugak yang dalam dilemma - sokong ke tak sokong sebab takut hilang jawatan
Tahun ni tak dapat main mercun , tak dapat duit raya sebab banyak poket yang dah tiris dok bayar hutang
Semoga negara kita bertambah makmur dan kaya raya hingga melimpah kepada rakyat jelata....mugo demo pong nok bermewoh-mewoh jugok!
Monday, July 13, 2015
Jangan Pecah Amanah
Menjaga amanah bukanlah satu perkara yang mudah sebabnya..
...kalau kita jaga harta orang, tak boleh buat sesuka hati sebab ia BUKAN HARTA sendiri....
Saturday, July 11, 2015
Jangan Kufur Nikmat
Itulah manusia ni yang ada depan mata tak dihargai ...dok ingat yang takde je @ tak pernah syukur nikmat yang Allah bagi...
Thursday, July 9, 2015
Berlagak Nak Jadi Bilionaire!
.....tapi tak cukup kaya.......nak join billionaire's club.....
Terjun dalam lubuk emas, segala yang dicita semua dapat.
New billionaires show the way, jet setting, shopping..shopping..shopping, macam nak rak!
Ada sapa tolong check tak? Pitih mari mano tiba-tiba buleh mask kelab billionaire!
Takkan pitih mok pok dio kut?
Mok pok dio dok kayo supo tu!!!
Pahtu pitih print sendiri kaa..
Susah jadi pemimpin utama ni, apa yang dia buat orang boleh nampak!
Wednesday, July 8, 2015
Mufaraqah Atau Tak Mufaraqah...
Semasa saya di KB lebih dari 30 tahun dulu saya dapati makmum yang berjemaah di masjid sangat sensitif terhadap imam solat - sekiranya imam baca AlFatihah dan ayat-ayat lain secara tidak bertartil mereka akan mufaraqah ( niat keluar dari berimam ). Atau pun imam diganti dengan imam lain.
Saya pernah mengalami keadaan imam solat tarawih yang terlajak rakaat menjadi 3 - bukan main kelam kabut jemaah, ramai yang ikut imam naik rakaat ke 3 , ramai yang mufarakah dan ada yang menunggu imam turun sujud.
Bila saya bincang dengan tok guru saya tunggu imam...
Mufaraqah terus je kak tak payah tunggu imam dah! Dah salah rakaat tak payah ikut lagi...
Tapi tok guru pesan jugak kalau imam salah baca ayat ( selain Alfatihah ) misalnya panjang pendek mad , itu harus dimaafkan sebab kesalahan itu kecil sahaja. Takyahlah mufaraqah.
Pernah saya terdengar pengakuan paling kiasu dari seseorang yang mengatakan dia telah mufaraqah semasa bersolat di Masjidil Haram sebab Imam baca mad jaiz/ munfasil 2 harkat.
Alohlah.....rugi besar hangpa! Dok pegi mufaraqah buat apa, Imam AlHaram tu bukan calang-calang orang.....
Mugo waktu tu Imam dok baca Qiraat lain....
Wednesday, July 1, 2015
Buka Puasa @ Iftar
Menu pilihan di bulan puasa....
Bubur lambok versi sendiri menjadi menu utama
Sayur kena ada - semua hijau sebab kaler lain dah habis
Ikan goreng bercili kesukaan seisi rumah
Selamat Berterawih!
Friday, June 26, 2015
Coffee Table Book Part 8
Some of the wild plants that can be found in Kuala Rompin
Wild berry known as ' kemunting ' among the villagers
This poisonous plant grows well in sandy area
Enchanting lotus when it blooms
Tuesday, June 23, 2015
Bodoh Sombong!
Ramai di antara kita yang bijak lebih dari orang lain....
Seorang doktor menasihati anak- anak buahnya jangan suka makan nasi goreng setiap pagi sebab ia terlalu berat lagi pulak nasi yang bermalam tu kurang baik dimakan. Adik beradiknya yang lain pulak pi dok kata..
Eleh hang tu masa kecik dulu hari-hari makan nasi goreng jugak...elok aje, dah jadi doktor pun.
Bila orang dok kecoh fasal hutang 42billion , ramai pulak yang mari dok kondem orang yang kondem fasal hutang puluh-puluh beliyon tu!
Salah ke orang yang ramai-ramai nak tahu fasal hutang tu? Semua orang nak tahu/
Kalau benar katakan benar, kalau salah janganlah dok main acilut!
Berkata benarlah walaupun pahit! Atau pun kalau tak benar buktikan dan pertahankan dengan sebenar- benarnya......
Sunday, June 21, 2015
Coffee Table Book- Part 7
Be careful when one drives in some of the remote roads in Kuala Rompin...
Like some other ' kampung road ' motorists got to give way to crossing cattles.
And if you are lucky you can witness tapir or other wild animals such as wild boar emerging from the jungle......
Friday, June 19, 2015
Fikir Panjang-Panjaaaaang.,..
Pendek kata kalau rumah dimakan anai-anai robohkan saja buat apa dibiarkan lagi...Binalah rumah baru...
Puak gerabak saya kat kampung takut benar kalau orang hilang kepercayaan pada Umno sebab selama ini mereka begitu percaya pada Umno. Pendek kata slogan ' Dulu, Kini Dan Selamanya' sudah tertanam di hati sanubari mereka.
Sekarang ni banyak perubahan telah berlaku - mata orang pun dah celik, dunia dah tak bersempadan lagi - banyak perkara-perkara yang dulunya menjadi rahsia sekarang dah pun jadi rahsia umum......
Rata- rata depa belum bersedia nak menerima perubahan / peralihan kerajaan dan pertukaran besar-besaran jika ia ditakdirkan belaku!
Kalu dah tak betul buat apa sokong lagi....
Sunday, June 14, 2015
Coffee Table Book - Part 6
Sungai Rompin Estuary
The Cargo Jetty owned by people who supply fish to Pulau Tioman and a few other towns in Central
Pahang
These boats at The Lembaga Kemajuan Ikan Jetty supply anchovies for the locals
The wooden jetty for local fishermen with small boats
Rompin River is famous among the anglers. There are boats for day trip or over night fishing
The abandon jetty
Some pictures to remember by before the jetty is torn down
The sky is getting darker as the evening sun slides down..
....a good place to watch sunset
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sejukkan Mata
Pokok-pokok yang tak menyusahkan tuan rumah dan pandai berdikari . Pokok hutan yang mudah tumbuh dan beranak pinak Bunga 3 bulan @ Siti Zu...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...


















