Monday, March 16, 2020

Memperkenalkan...Bunga Telang


...yang berwarna biru. Mudah ditanam dan ia jenis pokok yang menjalar.
Ia menjadi bahan asas untuk membirukan nasi kerabu...

Rupa-rupanya bunga telang ini banyak khasiatnya bagi manusia...malah banyak penyelidikan telah dibuat mendapati bunga bunga telang ini antaranya boleh mencuci darah, menyihatkan tubuh, mengawet muda dan lain- lain......selain dari lembu dan kambing yang suka memakannya ( semasa saya tengah memetik bunga telang tiba-tiba ada orang menegur...dia kata kat kampung dia lembu dan kambing suka makan bunga telang! )

( Auk jaklah akak oiii..mun kitak makan nasi kerabu pun dari air bunga telang juak...)


Jadi kalau kita adventurous sikit boleh juga buat teh bunga telang. Paling senang ambik beberapa kuntum bunga letak dalam cawan dan tuang air panas ( bila nak minum tapis, saya suka minum dengan bunganya sekali )

Kalau rajin lagi keringkan bunga telang dan simpan untuk  digunakan bila perlu..

Boleh tanam dalam pasu depan pintu dapur je...asalkan ada tempat yang dia boleh melilit.


Wednesday, March 4, 2020

Mendapat Khidmat Pembantu Rumah


Kalau seseorang sangat memerlukan khidmat pembantu rumah,  kenalah jaga pembantu supaya dia dapat berkhidmat lama.
Selalu terjadi bila dapat pembantu yang baik majikan pulak yang tak perihatin. Kadang kala majikan punyalah baik, bertimbang rasa pembantu pulak macam pu#k%.., curi tulang, pengotor atau panjang tangan...

Tapi apa- apa pun orang yang memerlukan khidmat pembantu kenalah jaga perasaan mereka sedikit sebanyak...

Ada majikan selalu check makanan,  buah-buahan dalam fridge, biskut, Milo, susu dan lain-lain - lepas tu buat bising, sapa dok mentekedarah biskut import yang dia beli habis setengah bungkus ...atau mana pegi buah epal yang lima dah tinggal empat...

Atau...tuan rumah dok asyik hilang barang...kejap hilang kasut yang dia baru beli, esok pulak hilang purse, lusa hilang baju dalam saiz 40, sedangkan Bibik pakai saiz 28 je.....
Tapi semua yang hilang jumpa semua pulak...letak tempat lain cari kat lain - sampai kecut hati pembantu rumah dibuatnya...

Tapi yang paling menggerunkan saya ialah bila dengar cerita  bahawa ada kes penganiayaan kanak- kanak ialah kerana sakit hati pada ibubapa yang tak bertimbang rasa membebankan segala kerja ke atas pembantu...

Ye ke? Atau pembantu tu yang otak dia dah putus wayar.....kalau dia normal takkan sanggup menganiaya kanak-kanak..

'Ala kully hal..majikan kenalah sentiasa berwaspada....kalau pembantu bagus, jagalah elok-elok. Kalau nampak pembantu lain macam...kenalah buat sesuatu supaya tak mendapat bencana adanya...


Sunday, February 9, 2020

Selamat Datang Ke Kelab ...


..60an +++...

Masa dulu - dulu dok gelak kat mak-mak menakan, bila nak berjalan jauh bawak ubat sebeban. Pendek kata ada handbag kedua bagi segala ubatan dan vitamin serta lain-lain. Minyak angin untuk lenguh-lenguh  kaki dan sakit urat, koyok untuk tampal pada bahu bila stress, minyak cap kapak untuk pening...
Pendek kata semua penyakit ada ubatnya. Dalam beg tangan kedua tu macam mini farmasi..

Yours truly ni pun dah mula menambah food supplement...
Masa umur 50an doktor bagi vitamin B Complex, tak pernah nak makan..rasa macam tak perlu je...jadi tak payahlah makan vitamin tuh!

Bila dah masuk 60an ++ , tiba-tiba ditimpa sakit urat ( sciatica nerve pain ) mulalah menggelabah badak..Doktor tak bagi makan pain killer sebab ia tidak boleh menyembuhkan penyakit.

Jadi doktor beri Vitamin B Complex yang mengandungi B1, B6 dan B12.

Barulah sedar betapa perlunya pil oren yang hospital kerajaan bagi zaman berzaman tu besar faedahnya..

Bila sakit urat bertambah meruncing pegi buat fisio. Tak cukup fisio kat hospital ambik pulak fisioterapist persendirian berselang seli sebab sakit susah baik, berjalan pun senget sebelah.

Fisioterapist pertama cadangkan ambik Calcium Magnesium dan D Plus untuk memulihkan urat yang lemah.
Fisioterapist kedua cadangkan ambik pil Glucosamine sebab bila buat eksersais lutut berbunyi berletup letap...menunjukkan tulang rawan di lutut dah menipis...



Akhir kalam...beg tangan kita ni pun semakin berat sebab tambah 3 jenis ubat/food supplement yang baru mendatang.
Tu tak masuk lagi vitamin C larut dalam air, tak bagi kerap kena selsema....

Huarrrrgg....

Thursday, January 23, 2020

Haramain Revisited...2


Pemandangan yang begitu klasik dalam Masjid Quba'  macam sebuah lukisan...yang menyebabkan saya buat posting ni ( gambar ehsan dari Mutawwif kami Ustaz Ridzwan  bin Sudin )


 Ini kawasan solat lelaki  , kawasan solat wanita terletak di bahagian belakang..



Ini adalah pemandangan Jabal Ainain, dimana Rasul SAW menempatkan pasukan pemanahnya semasa perang Uhud..
Dan pasukan pemanah ini menjadi kucar kacir apabila Khalid alWalid mengumpan harta benda di bawah Bukit..mereka meninggalkan posisi mereka sebagai pemanah di atas bukit itu menyangkakan perang sudah tamat dan tentera Quraish sudah berundur....membawa pada kekalahan tentera Uhud

Apa yang berlaku seterusnya telah terpahat di lipatan sejarah...


Lepas ziarah medan perang Kami menuju ke Dataran Uhud. Banyak terdapat barang-barang jualan di situ. We can get good kurma ajwa with good price.


Jangan lupa dengan rempah ratus, inai, segala jenis kekacang , minyak zaitun, safron dan berbagai barangan lain termasuk sejadah, kopiah, kain serban dan seumpamanya boleh buat buah tangan untuk ahli keluarga di kampung.....

.....dengan sebanyak-banyak doa semoga Allah menjemput lagi kami menjadi tetamuNya di Haramain....aamin Ya Rabb..


Sunday, January 12, 2020

Riuh Sekampung!!!



Mungkin TM dah upgrade modem yang lebih lawa dari ni!

Bangun pagi nampak modem merah menyala! Eh, Telekom Malaysia tambah speed internet ke? Bila buka TV gambar tak naik...Apa dah jadi?

Pagi tu riuh rendah orang  kampung Jalan Delima....berwassap..

Woi..rumah hangpa ada internet ka?

Takde..

Rumah aku pun takdak...

Habis mati kutu... And that was on Sunday! Nasib baik ada kenduri hari tu kalau tak..pakat dok nganga seharian..

Dengar cerita kabel internet kena curi! ( Ye ke? )

Alamak! Dah lama tak dengar orang curi kabel! Dulu orang curi kabel sebab nak ambik dawai tembaga nak jual. Tapi sekarang ni dah pakai fiber optic pun kena sapu jugak..

Nasib baik petang tu jugak pihak TM berjaya menyelesaikan masalah internet terputus..semua orang kembali bertenang di hujung minggu..



Thursday, January 2, 2020

Ada Yang Mengambil Kesempatan!.....


Pada hujung minggu lepas saya pergi ke Sogo mengambil kesempatan membeli seterika baju yang tengah sale. Seperti biasa semua barang dalam Sogo mengadakan jualan murah akhir tahun...malah setiap masa pun ada sale..

Saya risau jugak pegi ke Sogo di hujung minggu, takut kalau-kalau ada kumpulan- kumpulan tertentu buat demonstrasi....nanti jem teruk kawasan situ...

Di kawasan depan Sogo pulak seperti biasa ramai orang menjual berbagai barang- barang secara kecil-kecilan seperti permainan kanak-kanak dan lain- lain untuk menambah pendapatan di hujung minggu..

Ada beberapa orang anak muda menjual sesuatu... Tertulis pada kadbod - bayar seberapa sambil menderma.,
Eh mintak derma ke? Kemudian baru ternampak air kotak macam tersorok sikit.
Sekali pandang macam mintak derma derma je...bukan nak jual air......

Jangan sebegitu mudah nak dapatkan duit....Kalau nak berniaga tunjuklah produk yang nak dijual dan harganya sekali! Lebih bermakna lagi dari menjual barang sambil menderma...
Bukan semua orang nak menderma semata- mata ada orang mintak derma! Kena tunjuk sebab musabab nak kutip derma...













Friday, December 27, 2019

Mee Kari For Lunch


Suka makan yang berkari- kari?
Apa kata buat mi kari menggantikan nasi dan lauk pauk biasa untuk makan tengahari...





 
...beberapa hidangan sampingan. Tak ada kerang, susah dapat sekarang ni...




....dan kuahnya yang sungguh berkari campuran ayam, udang dan bebola ikan...




Wednesday, December 18, 2019

Pasar Minggu Kuala Rompin


...akan tetap dikunjungi bila balik kampung..



Kanak- kanak sangat tertarik dengan patung- patung mainan plastik berupa haiwan- haiwan kegemaran mereka.
Kadang- kadang ada ibu bapa yang bawak anak- anak ke pasar minggu, mereka sengaja tidak masuk ke lorong yang ada permainan kanak-kanak, takut anak buat loktang nak katak hijau, selagi tak dapat dia meraung....





Orang lelaki suka beli cincin dan batu permata...Ada yang kata batu-batu permata boleh bawak tuah...ye lah...walaupun takde kerja, balik rumah makanan tetap terhidang atas meja...


Kaum wanita pula pegi cuci mata kat gerai barang kemas celup...boleh jugak beli satu dua untuk pakai pergi kenduri kawin. Ambik engkau! Kak Peah pakai brooch emas besar tapak gajah....pakat habis dok terbeliak biji mata weh!

Haha....tak tau kenapa suka sangat pegi pasar minggu tuh! Kalau balik kampung tak pergi pasar minggu rasa macam tak lengkap je....


Friday, December 6, 2019

Rumah Burung Hantu!


Rina beritau abang dia buat rumah burung hantu! Ingatkan dia salah sebut, sebab kat kampung saya banyak dibina rumah burung walit. Rumah burung walit besar dibuat dari batu dan tinggi bertingkat-tingkat mengalahkan rumah orang kampung!

Rupanya Rina kata memang rumah dibuat khas untuk burung hantu! Ia dibina khas dalam ladang kelapa sawit.
Woo..I was so fascinated to hear Rina's story..
Rupanya banyak benda yang kita tak tahu di dalam dunia ni..

Inilah rupa rumah burung hantu, sangat tinggi untuk menarik burung hantu hinggap dan tidur di situ...

Rina menyambung cerita, pada asalnya burung hantu terlalu banyak dalam ladang hinggakan pihak ladang terpaksa menembak burung- burung tu...
Rupanya apabila burung hantu dah tiada, tikus dan ular mula menular kerana selama ini burung hantu memakan tikus. Apabila tikus banyak di ladang, maka ular pun makin banyak datang memburu tikus..

Jadi rumah burung hantu dibina untuk menarik burung- burung itu datang semula ke ladang dengan cara ini tikus dan ular dapat dikawal secara semula jadi.

For more info, we can visit
Mahzan manaf- brightfarm venture


Sunday, November 24, 2019

Kucing Pun Reti Bahasa.......


Tak tau kenapa akhir- akhir ni sangat banyak kucing merayau-rayau di kawasan rumah...tiap-tiap hari meninggalkan habuan kat kawasan kejiranan kami...

I cakap dengan kucing-kucing ni, datang kawasan rumah I boleh, tapi jangan berak merata- rata..

Haha! Dialog my jiran sama dengan my dialog....
Korang dok lepak dan tidur kat luar rumah ni boleh, tapi janganlah berak kat sini....

Kucing datang minum kat kolam...

Memang pun dorang ( haha! ) tu malam- malam tidur kat luar rumah....dah lama dah....
Minum boleh, tapi makan tak boleh..

Bukan apa, sekali bagi makan tiap2 hari dok tunggu depan pintu dapur kalau tak bagi makan panjat ikut tingkap selongkar dapur...

Bukannya apa, kalau setakat sekor dua tu tak jadi masalah tapi kucing cepat membiak, dengan sekejap masa saja ia akan beranak cucu...

Ia terjadi pada jiran saya yang lain, pada asalnya beri makan sebab kesian, sekarang dah ada berbelas - belas ekor hingga dah tak terkawal anak beranak, cucu cicit Madame Meow yang berbagai rupa, ada yang kuning, ada yang hitam, ada putih tompok hitam, ada belang hitam kuning dan lain-lagi depending on the colour of tok misai yang berkeliaran di kawasan kejiranan kami...adanya...











Saturday, November 16, 2019

Simpan Baju Buat Pekasam?


Kalau kita sayang baju, gi dok pakai lagi baju-baju lama sejak zaman Jepun dulu..kononnya sebab baju yang kita beli tu mahal weh..punya sayang walau pun dah ketat tetap disimpan kerana tak sanggup nak berpisah dengan baju- baju tuh!

Tapi sekarang dah kurus sikit, boleh pakai semula baju- baju lama yang kita pakai masa beranak satu dulu tu..( walaupun sekarang cucu dah sedozen! )

Baju memang padan dengan kita, tapi fesyen, corak dan cutting mungkin kurang sesuai..lagi pulak bentuk badan masa 30an dan 40an tak sama bila dah lebih dari 50an dan 60an. Pendek kata sepatutnya baju- baju tu dah lama masuk museum...

Kalau sayang badan macam mana?
Sayang badan kalu, baju yang dah masuk kotak atau masuk stor jangan diselongkar lagi. Kalau sayang sangat nak bagi kat orang, simpanlah buat pekasam! Takut nanti ada makhluk yang halus-halus bewarna putih yang duduk dalam tanah naik beramai- ramai datang buat kenduri dalam stor....






Sejukkan Mata

Pokok-pokok yang tak menyusahkan tuan  rumah dan pandai berdikari .  Pokok hutan yang mudah tumbuh dan beranak pinak Bunga 3 bulan @ Siti Zu...