Sunday, May 6, 2012

Drama Tahun 70an

Masa tahun 1970an, kereta merupakan satu luxury - walaupun negara kaya tapi masih belum maju lagi.Kalau lelaki ada kereta, pecah kepala  ( kata orang Kedah ), habih te ( kata oghe Kelate ) , ramai gadis yang mengorat depa!

Perihal seorang gadis dapat boyfriend pakai kereta Mercedes - punyalah happy dapat kail ikan jerung, siap dengan mak bapak sekali turut berbangga  akan kehebatan anak dara depa . Berbuih mulut menyohor kat jiran-jiran dan sedara mara - akan kehebatan 'kawan' anak gadisnya! naik berbulu telinga jiran-jiran mendengar cerita yang dok rewind pi mai pi mai! ( dalam hati nak jugak dapat bakal menantu yang hebat macam tu!...kalau boleh.. )

Nak dijadikan cerita, bila  ibu bapak gadis nak mengerjakan haji , mereka meminta siteruna aka bakal menantu supaya tolong jaga rumah dan anak-anak yang ditinggalkan tu! mereka meninggalkan rumah dengan hati yang lega sebab ada orang yang boleh diharap tengok-tengokkan rumah depa!

Bagaikan  kucing disua ikan bakar, siteruna pun dengan suka hatinya menerima tanggungjawab tu. Siang malam berlabuh kat rumah bakal pak mentua hingga jiran dah tak tahan lagi, lalu mereka repot kat  Jabatan Agama Islam. Akhirnya pegawai pencegah maksiat pergi ambush rumah tu dan menangkap basah teruna dara tuh!

Mak gadis pengsan bila balik dari Mekah dapat khabar hal anak perempuannya tu dah ditangkap basah. Bertambah pengsan bila dapat tahu menantu tangkap basahnya tu bukan tuan kereta Mercedes tapi hanyalah dreba semata-mata - yang dok joli katak bila tuannya anak beranak pergi ke luar negara dalam jangkamasa yang lama!


3 comments:

ngasobahseliman said...

Salam. Semoga sihat-sihat. Nampak sedap. Rasa nak try. Kalau campur corn flakes semua, taklah jadi lempeng kampung. Jadi lempeng Mat Saleh. Hebat tu ....

ngasobahseliman said...

P.S
Campur aduk I punya komen. Age is not on my side....berebut guna computer dengan cucu...alasan.

Kerabu Jantung said...

Salam Sis, perkara biasa tu, kadang-kadang kita baca beberapa entry dan dalam hati nak komen yang kita suka, bila dah teralit,dah lupa nak patah balik..

it happenned to me many times!