Tuesday, May 22, 2012

Keegoan Yang tinggi

Ego yang membawa padah - kalau di jalan raya tak dapat kawal perasaan , tak boleh kalah dengan pemandu lain, adegan pecut memecut kerap berlaku di hiway . Yang memecut merasa bangga, yang menengok pula merasa gerun ! Masa ego tengah tinggi dah tak takut apa dah, kelajuan yang melampau itu boleh mematikan diri!

Orang lain pakat menyumpah sebab mereka bukan saja membahayakan diri sendiri tapi membahayakan orang lain juga!

Ada jugak ego yang suka menunjuk dengan apa yang dia ada, contohnya bawak kereta mewah bewarna merah, mewarnakan rambut dengan kaler merah dan pakaian  sedondon , baju, beg tangan hingga kasut sedondon merah setiap kali keluar rumah memandu kereta mewah yang merah!

Semasa tengah kembang hidung bermegah dengan segala kemerahan tu, ada yang terpukau dan  ada yang tergelak  -  apa hal dengan cik puan tu......ada unfinished business tang mana pulak!

Yang tak tahannya ada yang suka dok melebong bila bercakap - dialah paling kaya, paling hebat dan paling semua yang ada kat dunia ni - sampai orang kiri kanan rasa nak stapler mulut dia!

Ya Allah jauhkan kami dari termasuk dalam golongan yang ego!


No comments:

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...