Thursday, March 28, 2013

Penyakit Buatan Orang



Apa akan jadi apabila mertua menuduh menantu perempuan menyihirnya supaya jatuh sakit? Dah tentu akan menegangkan suasana di rumah terutamanya bila anak menantu tinggal bersama di bawah satu bumbung.

Ibu menuduh menantunya menggunakan ilmu hitam menyebabkan anak lelakinya menjadi renggang dengannya . Dia menuduh  menantu perempuannya amat berkuasa dan dapat menundukkan semua orang di dalam rumah itu yang ahlinya tak ramai hanya terdiri dari suami , anak-anak dan ibu mertuanya.

Kalau dah hubungan anak beranak dah tak baik, awat tak perhambat je anak menantu keluar rumah . Senang kira kan? takde sapa nak sihir menyihir lagi!

Ramai yang tak sedar kadang-kadang bila dah jadi orang tua,  perangai dah berubah -  mengongkong, cemburu, banyak songel dan sebagainya. Pada awalnya anak menantu bersabar, lama kelamaan mereka pun ingin hidup berasingan dan membina hidup sendiri.

Anak yang soleh, sentiasa bersabar dengan perangai orang tua mereka, menjaga ibubapa mereka tanpa syarat...

Mungkin ada menantu yang syirik mengamalkan ilmu hitam tapi seseorang tak boleh menuduh orang di atas dasar syak wasangka.....Takkan semua penyakit buatan orang, banyak jugak penyakit buatan sendiri!

Wallahua'lam!

No comments: