Monday, August 25, 2014

Pasar Kundasang







Perjalanan kami ke Pasar Kundasang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Pada masa ini Gunung Kinabalu berada di sebalik awan tebal - yang kita nampak ini ialah bukit bukau di kiri kanan jalan... 




Apabila awan beredar Gunung Kinabalu mengintai-intai kami di sebalik gumpalan awan .Sekejap nampak sekejap tak nampak......



...macam anak dara sunti yang malu-malu..




Pasar Kundasang terdiri dari barang-barang kraftangan yang dijual dalam rumah panjang yang dibina khas sebagai pusat kraftangan.






Di sebelah luarnya pula terdapat pasar buah-buahan yang berbagai jenis.....avocado, durian Belanda , buah nona  dan lain-lain buah-buahan yang biasa dan yang tak biasa kita jumpa di Semenanjung ..








......dan pelbagai makanan sampingan seperti kuih cincin ( paling terkenal ), amplang,kerepek, kacang, keropok ubi kayu ,air madu, pelbagai jenis beras padi sawah, padi huma dan pulut dan lain-lain yang sesuai dijadikan buah tangan.



Berbelanja sedikit sebanyak  untuk memberi sokongan pada pelancongan tempatan! ( to quote  Beautiful Life )




2 comments:

Kakcik Nur said...

Rindunya untuk berada dalam kedinginan itu... :)

Kerabu Jantung said...

Orang kata tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal baru jatuh cinta. Baru pertama kali pegi Sabah, dah jatuh cinta dengan negeri Sabah yang indah tu.......