Saturday, January 17, 2015

Cemburu Bukan Main





Hari ini kena pegi ambik keputusuan ujian darah di Tanglin Hospital ,  kecut perut bukan main, - naik ke turun - naik ke turun - naik ke turun? Bila nurse panggil untuk check darah tinggi dan ambil darah dihujung jari kemudian kena bawak ' kad kemajuan ' saya pergi jumpa doktor, mulalah naik stress dan fikir yang bukan-bukan.

Sambil bawak kad saya pun mengintai catatan keputusan HbA1c saya - saya rasa sungguh lega sebab bacaan dah turun dari 6.7 ( waktu lepas raya ) kepada 6.3 ! Alhamdulillah, doktor kata saya berada dalam selamat sebab bacaan blood sugar less than 6.5! Doktor suruh saya maintain  HbA1c ie the amount of hemoglobin that's bound to glucose ( blood sugar ) in red blood cell tuh!

Saya teringat jiran sebelah rumah saya yang berumur 72 tahun , suatu hari setelah balik dari hospital dia buat announcement -  saya tak payah lagi makan ubat darah tinggi, ubat kolesterol dan ubat diabetic - doktor kata darah saya bersih sebab paras gula dan kolesterol sudah normal!

Bila  dengar berita tu, punyalah envious saya dibuatnya  ! Saya pun berangan-angan suatu hari nanti saya jugak akan disahkan tidak perlu makan ubat lagi......

Tapi apakan daya saya tak dapat buat macam jiran saya - lepas solat subuh pergi jogging 30 minit, lepas tu sambung buat gardening 2-3 jam - setiap hari melainkan hujan lebat mencurah-curah. Kalau hujan sikit-sikit tu dia buat tak kisah je!

Saya pulak hari-hari duduk senang lenang kat rumah menonton tv dan tengok pokok-pokok dari dalam rumah je!




2 comments:

Anonymous said...

Saya jd silent reader jer lately ni. Fasal bersenam ni saya memang malas nak keluar rumah. So nak jadi cerita saya terjumpa dlm utube ni leslie sansone 1 mile walk. Haha sejak tu saya jatuh cinta..akak cubalah..UH

Kerabu Jantung said...

Such a brilliant idea UH, tq!

We should introduce this to all the couch potatoes at home!