Saturday, January 10, 2015

Kes Ragut





google search

Semasa bersembang ramai-ramai banyak cerita keluar termasuklah cerita ragut meragut. Ada yang kata dah tak berani nak pakai emas, walau pun gelang yang kecil, takut kena ragut. Ada yang cerita jiran dia  pakai rantai emas yang panjang dah berapa lama , pada suatu hari dia diekori oleh penunggang motosikal yang tiba-tiba meragut rantai lehernya.

Jadi pakat seriaulah yang ramai-ramai tadi - semua naik gerun, maklumlah kalau kena ragut bukan saja harta yang hilang, kadang-kadang nyawa pun boleh hilang.

Ros pula menceritakan salah seorang jirannya pergi kerja naik bas , dia pakai barang kemas punyalah banyak, rantai berlapis-lapis sampai jiran-jiran yang lain bertanya,
Akak tak takut ke pakai rantai banyak-banyak tu?
Dia selamba je jawab,
Apa nak ditakutkan, kalau takut tak pakai barang perhiasanlah kita!
Hai berani sungguh akak nih!!

Nak dijadikan cerita, suatu hari memang sah dia dah kena ragut, habis rantai emas yang berlapis-lapis tu kena bawak lari.

Hah, dah kata , kan dah kena?

Esok paginya dia biasa je tunggu bas kat tepi jalan nak pegi kerja..tiba-tiba...

Hoi...tatak guna punya orang , pakai rantai manyak tipu!!!

Penunggang motosikal tu dengan marah membaling rantai emas ke arahnya dan dengan cepat berlalu dari situ.

Lepas tu barulah dia buka cerita pada jiran-jiran , rupanya rantai emas yang dia pakai tu ialah emas tiruan!






4 comments:

Acik Erna said...

kalau tak cedera tak apa kan KJ..kalau la luka ke..cedera teruk ke..tak berbaloi rasanya..lebih selamat rasanya tak apa pakai apa2 barang kemas..tulin atau pun tiruan

Nooriah Abdullah said...

salam singgah KJ susah jugak kan pakai yg tiruan pun, tapi jugak lah tak apa2 kalau tak naya..

Kerabu Jantung said...


Memang betul tu Acik, barang tulin ke barang tiruan, kalau cedera memang tak berbaloi!

Kerabu Jantung said...


Selamat datang Nooriah dan terima kasih.

Pendek kata jangan lah kita mengundang bencana. Kalau nak pakai emas yang besar-besar tu pakai dalam rumah je...takde sapa yang nampak..