Sunday, April 19, 2015

Jadi Mem Lah Pulak......



Kesian jugak tengok Kak Gayah tinggal keseorangan setelah suaminya mati lebih dari 10 tahun yang lalu. Bahaya jugak tinggal bersendirian apabila umur meningkat lebih 70 tahun , badan dah lemah penyakit semua ada, mata dah kurang tajam, telinga pun kurang pendengaran. Anak-anak tak tau nak buat apa, ibu buat keras hati tak nak duduk dengan anak cucu.

Baru-baru ni anak-anak telah menghantar seorang pembantu untuk menemani beliau walau pun Kak Gayah menolak dengan pebagai alasan.

Antaranya - buat apa ada pembantu buat rugi bayar gaji bukan ada kerja nak buat kat rumah dia.......

Akak oi bersyukurlah banyak-banyak bukan senang nak dapat pembantu rumah la ni..

Akak tak benar dia masuk kemas bilik , bilik air pun akak boleh cuci sendiri

Akak oi biarlah dia cuci buat apa nak buat sendiri, nanti jatuh ke tergelincir ke akak juga yang susah.

Akak pun tak nak bagi dia masak

Akak.....kalau tak nak dia masak takpe tapi biarlah dia siapkan awas-awasnya, nanti akak tumis je!

Akak oi dah lah tu tak payahlah semua nak buat sendiri berehat-rehat lah - belajar jadi madam pulak. Akak rehat je biar pembantu uruskan hal-hal dalam rumah..

Semenjak itu dapur Kak Gayah setiasa berasap, tak payah lagi Kak Gayah makan makanan sejuk beku......

Semoga tiada penipuan dari pihak ejen pembekal pembantu rumah. Trend sekarang ni pembantu rumah akan bekerja 2 atau 3 bulan lepas tu mula nak berhenti kerja......







No comments: