Friday, April 27, 2018

Bergurau Kasar Weh!


Masa kami tinggal di Kucing pertengahan tahun 1990an dulu, kapal terbang Transmile beroperasi sebagai agen pos laju antara Semenanjung dengan Sarawak ( mungkin Sabah juga ). Pada masa yang sama Transmile mengambil penumpang- penumpang sebagai pengangkutan udara alternatif. Jadi ada pilihan naik Mas atau Transmile. Anak-anak yang balik cuti belajar selalu guna Transmile sebab tambangnya jauh lebih murah.

Kawan- kawan selalu melawak...
Habis engko naik Transmile tu penuh surat kat kaki engko...

Bila ada yang mengambil bidang accounting mereka dok buat lawak...
Nanti bila ko keje pakai baju putih seluar hitam dengan necktie, bila engko naik moto necktie engko melayang- layang....haha!

Lawak lawak jugak....Ada tak you guys dapat mesej dari our bestest of friend that is MCMC -dia kirim salam....

.....nak ingatkan kita yang 6 tahun dan 500,000 tu kut...
Iboh plente plente!


Wednesday, April 25, 2018

Mak Aiii....Tak Sabarnya...



Pencen dah lama, dok rileks je kat rumah sekali sekala pergi buat urusan kat luar rumah dah tak berapa nak sabar....

Hantar dokumen pada waktu pagi melalui pos laju dari KL ke Rawang, bila tanya petang ni boleh sampai ke?
Jawapannya ialah besok atau lusa!

Tak tau macam mana cara pos laju bergerak...nampaknya macam naik basikal je!
Cuma satu je pos laju ni dijamin sampai...kalau hilang di tengah jalan masih boleh dikesan....

Friday, April 20, 2018

Ada Hikmah Di Sebaliknya


Setiap yang berlaku tentu ada hikmah di sebaliknya. Ramai yang tak tahu dan ramai yang kurang pecaya - maklumlah hikmah tu kita tak nampak dan ia tidak datang dengan segera. Kadang- kadang kita hanya nampak menerusi mata hati....

Kak Jarah masa anak dara dulu hampir separuh gila bila tak dapat kawin dengan Abang Seman. Puas jugaklah mak ayah dia bawak pergi berubat ke sana ke mari tak sembuh-sembuh jugak penyakitnya. Sedangkan Abang Seman dok melenggak bawak  bini naik scooter ke sana ke mari....

Bila dah kahwin dengan orang lain dan dah beranak pinak baru Kak Jarah nampak hikmah di sebaliknya. Rupanya Abang Seman ada perangai , bila isteri dalam pantang je dia pegi nikoh lain. Sekarang ni dia dah cukup quota - dah ada empat orang isteri dan dok buat kawin cerai kawin cerai supaya tak terlebih quota.

Lebih dari sepuluh tahun dulu saya dan suami naik kereta, suami saya bawak kereta slooowww sangat dan saya pun buat bising - kenapa slow sangat nih? Sampai kereta belakang overtake - setelah beberapa meter kereta itu berada di hadapan kami tiba-tiba dahan pokok jatuh menimpa cermin kereta dia hingga pecah.
Saya punyalah beristighfar ( sebab dok tak sabar sangat tadi....)

Sebenarnya banyak hikmah lain yang berlaku tapi kita tak sedar....
Contoh yang saya beri di atas tu hanya picisan saje!







Tuesday, April 10, 2018

Sambal Hitam


Sungguh teruja setelah mendapat recipe sambal hitam, terus beli bahan- bahan dan cuba masak sambal hitam.


Antara bahan utamanya ialah cili api Siam yang merah menyala dan pedas! Bawang kecik campur sikit dengan bawang besar supaya kurang sikit pedas. Bahan lain ialah ikan bilis dan yang utama ialah belimbing buluh dan minyak untuk menumis. Ukuran bagi semua bahan sama berat timbangannya kecuali belimbing buluh hanya satu perempat sahaja. Belimbing buluh hendaklah diupar dengan garam selepas itu dibuang airnya.

Blend semua bahan secara berasingan dan tumis dengan minyak dan biarkan di atas api yang kecil for as long as it takes. Kena sabar sikit akak...kalau Tak sabar beli je yang dah siap tu...Yours truly ni pun macam dah nak tobat buat sambal hitam. Buat dari pukul 12 tengahari sampai pukul 9 malam tutup api, besoknya 7.30 pagi sambung balik sampai zohor!



Setelah 8 jam di atas api yang perlahan baru nampak naik minyak...



Oleh kerana sambal hitam ni mengandungi belimbing buluh, tidak digalakkan memasaknya dalam periuk biasa ( periuk besi atau aluminium )  sebab ia boleh bocor akibat dari ketajaman asid belimbing. Jadi sambal ini dimasak dalam tin Milo atau tin biskut yang besar dan dibiarkan atas api yang perlahan ( dapur arang ) tak perlu kacau kerap-kerap hanya sekali sekala je untuk mempastikan ia tidak hangus. Biarkan sampai kering dan garing dan bertukar menjadi hitam.

Lepas masak teruk-teruk baru tau rupanya boleh buat sikit dan boleh siap dalam masa 4-5 jam saja......

Saturday, April 7, 2018

Tukar Bendera Weh!


Kecoh orang kampung ! La ni kita tukar bendera! Pakai bendera PKR pulok doh!
Demo kato takpo weh - bawah satu banner! Kalu tidak fenin kepala Kak Piah nak pilih yang mana satu! Tapi puok demo kato kali ni tak payah naik kapal layar , kapal dah bocor!

Syyyy, Kak Piah.....cakap pelan -pelan jangan buat geger.....takut nanti ada orang gila datang ketuk pintu rumah..

Penjara 6 tahun denda RM 500,000? Mak aiii....Kak Piah mana ada duit nak bayar, duit  1000 pun tak pernah tengok! Pendek kata bodo- bodo je kena sumbat dalam gok ayam. Habih kecut perut warih warah Kak Piah kat kampung...

Keluar pulak amaran: Traitors to Barisan will be revealed after elections - Nation.

Ada pun traitors tu puok demo yang makan dedak......duit ambik pahtu pegi pakoh bendera PKR!

Suku sakat Kak Piah apa pulak? Takde hal! Demo tu susoh-susoh pong dok bayar gst weh!

Sunday, April 1, 2018

Brou - ha - haaaaaa!


Punyalah kepoh masa nak pegi ke Raub, akhirnya sampai juga pada pukul 5 petang Hari Sabtu 30/3/2018! Pegi awal sebab pada 31/3/2018 ada seminar bedah buku : Dobt Al Quran ( Kitab susunan Ustaz Mohd Rahim b Jusoh )

Tiba di Raub terus check in Hotel Jelai, hotel di tengah bandar Raub - 2 double rooms with twin beds. Bila bukak je pintu bilik ( 103 ) kami terbau asap rokok yang sungguh kuat macam ada parti hisap rokok. 
Turun bawah mintak spray untuk menghilangkan bau, tapi tak berkesan. Buka semua tingkap luas- luas biar keluar bau rokok, tak berkesan jugak - akhirnya kami mintak pindah bilik.

Oleh kerana masa suntuk sebab dijemput minum petang dan kemudian majlis makan malam pada pukul 8.30 kami pun minta tangguh pindah selepas balik
.....tapi bila balik dalam pukul 11 malam tu, kami dah tak larat nak pindah ....pulak....

Nak komplen tak boleh, mugo orang bagi chance kita pulak buat lembam....

Gambar di sekitar seminar yang dihadiri lebih dari 700 orang ( untuk mengetahui lanjut tentang seminar ini sila rujuk laman Persatuan Qiraat Malaysia )


Sunddenly we saw this familiar face on the vacant chair in front of us - this great man left his signature every where!

" Kita dah bagi janganlah pulak tak undi kita ! " 
a.k.a " kalau dah ambik pemberian orang janganlah tak membalas budi pulak!".

Ye lah akak oii...mugo dia bagi tu duit dia sendiri yang orang Arab bagi. Bukannya dia ambik dari 
perbendaharaan negara.....dan 
bukan dari hasil kutipan gst yang 
berpuluh bilyon tuh! 
Bolehlah dia mengungkit!

* Sakit hati bila sampai rumah bukak bag, baju tido bau macam keluar dari kilang rokok!

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...