Wednesday, February 27, 2019

High Tea Kampung Style


Makan petang yang agak berat dan agak berminyak,yang menjadi kesukaan bila balik kampung...

Cucoq udang atau ikan bilis boleh dimakan pagi, petang, siang, malam - makan pulak beramai-ramai, sudah tentu tak rasa bersalah...( kalori tinggi tuh!)



Goreng pisang paling sedap dimakan waktu petang dengan diiringi kopi o panas...


Ikan goreng pun boleh masuk sekali...orang pantai Rompin suka makan ikan.Minum petang pun bawak masuk ikan goreng jugak ..


Kena ada jugak pencicah....



Jangan lupa detox lah pulak dengan air lemon panas setelah sedap-sedap makan segala yang bergoreng...

Saturday, February 23, 2019

Macam Burung Garuda!


Lori pembancuh simen tersengkang di depan rumah....


Pada pagi ini bunyi macam burung garuda nak serang kampung kami...bila bukak pintu rupanya lori pembancuh simen sedang menuang simen ke atas tapak rumah. Ia berlanjutan dari pagi sampai pukul tujuh petang.

Di depan rumah kami ada tanah kosong sejak 50 tahun dulu, baru- baru ni muncul tuan tanah bawak plan nak buat rumah. Kami semua mula serabut memikirkan lori besar akan keluar masuk dan yang akhir sekali yang paling tak tahan bila nak pasang tile rumah. Preng!preng! Siang malam dengan debu berterbangan bila jubin lantai dipotong...

Tapi rupanya sekarang ni lebih mudah dan cepat bina ruma guna kerangka besi, tiada bunyi bising dan tiada debu beterbangan...


Pembinaan rancak dijalankan, saya sangat teruja dan sangat ingin nak tengok hasilnya .

Bila siap rumah baru semua orang lega dan dapat jiran baru yang dinanti-nantikan selama ini....

Saturday, February 16, 2019

Makanan Yang Halal!


Ramai orang sangat fussy apabila nak makan,kalau yang halal makan tanpa ragu, kalau yang haram campak jauh-jauh , dan kalau yang syubahah tu kembang tekak, tak boleh nak pi! Hebang je ke tanah....

Makan cukup jaga, tapi bila hutang susah nak bayar. Masa nak pinjam duit, lembut gigi dari lidah, bila dah dapat duit...nampak sipemberi hutang..dia lari jauh-jauh...

Dulu-dulu orang kerja bank selalu kata, loan belum lulus, pegawai bank macam raja, bila duit dah disburse, peminjam yang raja! Peminjam tak bayar hutang pegawai naik pening! Ini kerap berlaku pada institusi kewangan semi- gomen...

Selalu jugak berlaku di kampung saya orang berbalah fasal sempadan tanah. Ada yang pegi alih pancang batu masuk tanah orang hingga bergaduh besar habis bawak keluar parang kapak...punya bijak tak nak pegi rujuk pejabat tanah atau upah juru ukur.....dok bermusuh sampai 7 keturunan err...sampai tukar kerajaan pun tak settle settle...



Monday, February 11, 2019

Biar Jujur Dengan Diri Sendiri


Dari kecik kebanyakan kita diajar oleh ibubapa kita supaya bersikap jujur....

Pada tahun 1980an dulu ramai orang gerun pada Badan Pencegah Rasuah ( BPR ).Semua pegawai kerajaan kena isi borang istihar harta...kita ni pun termenung- menung jugak nak isi borang - pembelian rumah ( dah kerajaan bagi loan ambiklah...),beli kereta ( mugo laki kerja di utara bandar bini kerja di selatan bandar....tak sejalan weh! ). Lain-lain ruangan semua kosong je....

Masa tu orang ramai digalakkan buat aduan pada BPR - kalau ada sesiapa yang dikenali berbelanja berlebih-lebih dari pendapatan. Gaji 3 ribu tapi berdaung naik BMW 7 Series, atau buat rumah banglo 4 tingkat...misalannya..

Ada pegawai BPR datang buat briefing apa yang dikatakan rasuah tu...guna kedudukan untuk mendapatkan sesuatu, memberi atau menerima hadiah yang berharga seperti dapat emas sebungkal ke ( contohnya ) atau beri suapan ( bawak pitih seguni gi hantar kat rumah penjawat-penjawat tertentu ). Itu lah yang saya ingat hingga kini...

Sejak masuk alaf baru ramai orang tak berapa gerun dah...ramai dok menunjukkan kekayaan, banyak kabel besar kabel kecik yang boleh ditarik, duit mudah- mudah je bertukar tangan ( macam dalam kasino )...

Ala kulliy hal kita harus jujur dengan diri sendiri...Mungkin orang tak nampak apa yang seseorang buat, tapi anak bini sendiri kenalah celik mata...kalau bapak tiba-tiba bawak balik jet pegi parking kat belakang rumah...janganlah anak beranak suku sakat tumpang gembira pulak.....
Sekurang- kurangnya tanyalah....demo ambik pitih mano gi beli jet nih?!!

Monday, February 4, 2019

Pais Udang Galah


Sempena cuti CNY kita pun balik Rompin...
Seperti biasa Cik beli udang galah. Sekali ni masak lain sikit - masak pais udang galah sebab nak bagi orang yang tak balik terliur sikit!



Udang galah gred dua ( dulu kalau kecik macam ni dikira gred c je, campur kecik besar dalam 32 ekor sekilo )



Bersihkan udang, belah belakang season dengan garam halus dan serbuk kunyit...



Siapkan awas-awas - blend cili api, kunyit hidup, bawang besar campur tempoyak, santan pekat, garam -jerang atas dapur bila mendidih masukkan udang galah, serai,daun limau purut dan daun kunyit yang dihiris halus ( or whatever daun yang kita suka, tak apa je asalkan tak beracun! ) Masak hingga pekat.



Sepatutnya bakar pais guna daun pisang tapi dah Cina yang raya Melayu tak meniaga, gunakan aluminium foil - boleh jer, takde rotan akar pun berguna..



Inilah hasilnya...
Bon apetite!



Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...