Monday, February 22, 2010

Fear of the unknown!

Selepas waktu sekolah kami bertiga Dari SMTengku Malik pergi ke pekan Alor Setar untuk membeli beberapa barang untuk persiapan Hari Penyampaian Hadiah ( pada tahun 1990 ). Setelah park kereta kami pun melintas jalan , setelah sampai di seberang jalan kami bertembung dengan polis trafik, yang juga berjalan kaki.

Eh,polis trafik tu, ah sudah...... kami cuba mengelak dari bertembung sebab tiba-tiba rasa bersalah.

Eh, kita jalan kakilah , apasal takut kat polis trafik tu?

Haah, yelah, takut tak bertempat,bukan kita buat salah pun

Entah-entah dia pun macam kita jugak, mungkin nak pergi minum kot

Lepas tu kami pun lega, dan terfikir pula kenapa bodoh sangat tengok polis trafik tiba-tiba takut!

Terasa macam budak-budak sekolah pulak. Mungkin rasa takut tu datang dari hati kecil kita yang selama ni banyak buat trafik offence, park kereta ikut suka hati, tukar lane ikut suka hati, tak bagi signal, main zig zag aje ke kiri ke kanan.

Selalu juga naik kereta tak pernah nak tengok pun road tax tu hidup ke mati, main stat aje kereta tu dan brooom, brooommm pergi sekolah, dah terlambat pecut tak kira lampu kuning ke merah ke! Tapi sekarang sudah taubat, maklumlah di KL ni jangan main-main, nanti dapat surat saman atau kereta kena clamp!

O, oh....driving licence dari tahun lepas lagi lupa nak renew........

Thursday, February 18, 2010

Telur kecil, telur besar

Mak Su Nab jiran saya di Kota Bharu seorang yang manis dan sangat bersopan santun. Semasa kami baru berpindah ke kawasan itu ( tahun 80an ) beliau dan suaminya Pok Su We datang menziarah kami. Saya dapati ada sekilo gula atas meja kecik, ingatkan Mak Su Nab tertinggal, rupa-rupanya itu buah tangan yang dibawanya. Maklumlah masa tu kurang pengalaman dengan adat mengunjung , buat daratlah pulak kamek tok!

Mak Su Nab ada sepasang anak kembar lelaki, kembar seiras, berumur lebih kurang 12 tahun pada masa tu. Kedua-dua kembar ni setiap pagi akan buat sarapan sendiri. Bila saya tanya MakSu Nab kenapa budak-budak tu masak sendiri, katanya, banyak kerenah kalau dia yang masak, mereka akan bergaduh sebab tak puas hati.

Menurut Mak Su Nab, pagi-pagi dia akan sediakan minuman satu teko di atas meja, kemudian tunggu kedua-dua kembar masuk dapur. Kalau ibu yang menuangkan air , mereka akan ukur air dalam gelas tu sesama sendiri, kalau air kedua-dua gelas tak sama paras, yang dapat kurang sikit tu akan merajuk dan kata mak tak adil. Mereka akan tuang lagi air dalam gelas, ukur lagi nak bagi sama banyak dan selalunya berakhir dengan air tertumpah dan kedua-duanya bergaduh.

Begitu jugak kalau Mak Su goreng telur mata kerbau, mereka akan ukur size telur, kalau tak sama, salah seorang akan merajuk kata mak tak sayang dia. Itulah yang berlaku setiap pagi, akhirnya Mak Su Nab biarkan mereka tuang air sendiri dan goreng sendiri telur untuk sarapan, biar kedua-duanya puas hati!

Rupanya ada hikmah disebaliknya, setelah berpindah dari KB saya dapat berita Mak Su Nab sakit teruk berbulan lama. Sekurang-kurangnya kedua-dua anaknya boleh menjaga diri sendiri sebab abang dan kakak mereka sudah berumah tangga dan sudah tinggal berasingan.

Tuesday, February 16, 2010

Jemput mulut atau pakai kad?

Cuti sekolah ni gago menghadiri majlis kahwin, kadang-kadang bertimpa-timpa, satu hari ada dua tiga majlis. Walau bagaimana pun undangan tetap dipenuhi, mengundang itu sunat dan memenuhi undangan itu wajib, kecuali ada sebab tertentu.

Mengundang tetamu ke majlis perkahwinan 20 - 30 tahun dulu amat berbeza dari sekarang. Kad kahwin tidak begitu penting sebab menjemput secara mulut lebih utama. Ahli keluarga terdekat akan berkecil hati kalau mereka dijemput dengan hanya pakai kad hingga ada yang merajuk . Menjemput pakai kad adalah bagi orang yang terlalu jauh atau kenalan biasa, bagi keluarga yang sekampung dan kampung-kampung yang berhampiran, kena pergi jemput sendiri atau melalui wakil.

Sekarang keadaan sudah berbeza, ia lebih mudah dan lebih praktikal, semuanya pakai kad dan pos saja. Kalau jiran setaman perumahan, pergi letak dalam pos box masing-masing termasuk jiran sebelah atau dua belah rumah ( dah over lah tu! ). Kalau terlupa hantar kad, atau kad dah habis jalan terakhir hantar melalui sms aje! Tapi awas, sms boleh memberi pelbagai tafsiran atau salah faham bagi sipenerima dan mungkin mereka terus tak ambil berat akan undangan itu.

Thursday, February 11, 2010

Perubatan alternatif.....cara ayurveda




Ada beberapa tips yang saya dapat dari channel 108 ( advertisement ke ni? ) tentang penggunaan rempah ratus sebagai ubatan alternatif. Rempah ratus ini pula sangat familiar dengan kita dan telah digunakan sejak turun temurun dalam pelbagai jenis masakan atau lauk pauk.

Selain dari bawang, halia, kunyit yang selalu kita gunakan, jintan putih, halba, ketumbar, kulit kayu manis dan buah pelaga tidak asing pada kita.

Seperti yang disarankan oleh pengamal perubatan ayurveda, ada pelbagai remedy bagi:



Google search - Buah pelaga

Perut yang berasid dan banyak angin:
1 camca teh bawang putih
1 camca teh serbuk buah pelaga
1 camca teh gula
Semua bahan dibancuh dengan air dan diminum


Untuk menguatkan jantung:

1/4 camca  serbuk kulit kayu manis
1 camca teh madu
Bancuh dengan air diminum setiap pagi





Google search



Untuk melegakan gout:
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh serbuk halia
Kedua-duanya dibancuh dan diminum
Makan banyak sayur-sayuran terutamanya kubis.

Halba pula boleh membantu orang-rang yang mengidap penyakit diabetik yang telah mengalami pengecutan pankreas ( yang melibatkan penurunan badan yang banyak atau pengecutan badan, mengikut kata doktor ayurveda di chanel 108 ) :

Caranya ialah dengan menelan sesudu kecil halba setiap pagi ( jangan telan sudu sekali! )



Google search - Biji halba



Semua rempah-rempah di atas boleh dibeli di supermarket, samada yang masih berbiji atau dalam bentuk serbuk. Selamat mencuba , kalau berani atau kalau yakin atau kalau nak cuba-cuba perubatan alternatif!




Monday, February 8, 2010

Anak sanggup menzalimi ibu sendiri?

Fitnah mudah timbul kalau kita kurang usul periksa. Kadang-kadang kita nampak sesuatu kejadian yang macam betul-betul mengenai diri kita, misalannya ada beberapa orang sedang bersembang dengan rancak, tetapi bila mereka nampak kita datang semua akan terdiam dan bila kita berlalu, mereka pun ketawa berdekah-dekah. Apakah perasaan anda?

Pada suatu tengahari saya pergi ke rumah Makcik Gayah hendak menghantar barang, kebetulan mereka anak beranak makan tengahari agak awal pada hari tu ( di kampung tak payah buat appointment, nak pergi rumah sedara mara, sahabat handai, main terjah aje! ). Makcik Gayah duduk dihujung meja bersendirian, agak jauh sikit dengan anak, menantu dan 2 orang cucunya. Paling mengejutkan ialah, ibu makan nasi dengan periuk yang berasingan, sedikit ulam, sambal belacan dan 2-3 ekor ikan kecil yang digoring. Sementara anak cucu makan hidangan berasingan, gulai ayam dan lauk-lauk sampingan yang lain.

Sampai hati anak menantu dia kan? Sanggup buat zalim pada ibu sendiri!

Sebenarnya, makcik Gayah dah lama jadi begitu, dia orang tua dan banyak penyakit, makan tak berapa lalu. Dia dah tak nak makan lauk ayam, ikan tenggiri ke atau udang atau sotong. Beliau suka makan nasi yang berkerak, jadi untuk buat nasi yang berkerak kenalah masak nasi dalam periuk kecil dan biarkan atas dapur lama-lama. Juga tak suka makan berkuah, lauk utamanya ialah ikan goring. Dan tak suka pulak ikan yang besar-besar, tapi suka ikan kecik. Itulah realitinya!

Jadi kadang-kadang apa yang kita lihat tidaklah sama dengan hal yang sebenarnya!

Friday, February 5, 2010

Begitulah adanya........

Selalu orang membandingkan masakan mak dengan anak atau masakan tradisional yang dibuat oleh orang-orang dulu dengan sekarang, ada yang kata jauh berbeza. Walau pun ilmu masak memasak telah diperturunkan,tapi masih tak sama rasanya.

Masakan Melayu susah nak maintain kesedapannya, sebab kalau tanya orang tua-tua yang pandai masak, mereka kata , senang aje masak lauk ni , bubuh cili, halia, lengkuas, bawang putih, bawang merah, alah.. main campak-campak aje, agak-agaklah ( pandai-pandai sendirilah nak mengolahnya).

Ok, guna resepi yang pakai agak-agak tu ,macam orang pegi tikam loteri, ada yang kena ada yang tak kena. Kebetulan menjadi agak-agakan tu, sedaplah lauk , kalau tak menjadi agak-agakan tu buat rugi aje. Atau sekali buat sedap ,buat lain kali tak sedap pulak.

Begitu juga dengan kueh tradisional, bila tanya resepi,....oh, senang aje, semangkuk gula, sebiji kelapa, 4 biji telur, tepung secukupnya. Buat kali ni, menjadi, buat lain kali tak jadi pulak. Dulu pakai telur gred A, hari ni pakai telur gred B, terlebih tepunglah pulak. Dah.. lah.. sempeng kuih tu!

Sebab tu suami-suami selalu kata mak mereka masak sedap tak ada tolok banding. Walau pun puan-puan isteri dah ambil kursus masak dengan mak mertua, tapi tetap tak sama , rupa dah ada tapi rasa ada kureng sikit.......( ni yang buat sakit hati ni!!! )

Tuesday, February 2, 2010

Roti canai diuli dengan kaki..?

Di Teluk Wan Jah Alor Setar ada sebuah kedai yang menjual mi rebus, sedap dan sangat disukai kebanyakan orang Alok Setak. Nama mi tu ialah mi Abu ( kerana tokeynya dulu bernama Abu ). Sejak zaman sekolah hingga sekarang me husben masih ingat mi Abu, bila teringin nak makan mi rebus, dia akan cari yang rasanya macam mi Abu,kalau tidak, tak pueh makan.

Pernah dulu semasa kami tinggal di Alor Setar ada kabar angin atau lawak angin yang mengatakan mi Abu sedap sebab tokey dia rendam seluar dalam dalam kuah mi. Ramai yang geli dan ramai lagi yang tak kisah.

Banyak orang kata, laksa yang paling sedap ialah laksa Kuala Perlis. Kami yang di Alok Setak/ Kedah tak melepaskan peluang makan angin ke Kuala Perlis, pi makan lakso. Ada pulak cerita ceritut yang mengatakan kuah laksa dibuat dari belut, sebab tu kaw sangat. Ramai orang tak makan belut, tapi belut adalah makan exotik yang terkenal di seluruh dunia. Ramai yang geli, ramai pulak yang tak kisah!

Dulu-dulu kalau nak makan nasi kandar pi Penang. Nasi kandak Penang kaw habis, bila makan sampai menjilat jari. Depa kata, awat tak sedap kuah kari tu dah berumur lebih 100 tahun. Konon kata, mamak yang buat kari mai dari India waktu orang putih perintah, kuah kari hari ni disimpan sesenduk untuk dicampurkan dalam kuah kari yang baru masak hari esoknya untuk mengekalkan kelazatannya. Begitulah yang dibuat hingga ke la ni!

Back in KL, anak-anak muda suka lepak kedai mamak 24 jam, depa meremaja dengan makanan mamak, roti canai, teh tarik, nasi beriyani, ayam madu , tosai dan kari mamak. Paling laris ialah roti canai dan teh tarik. Maka keluarlah cerita ada kedai mamak uli roti canai dengan kaki ( sebab buat terlalu banyak ), ramai yang geli tapi ramai yang belasah aje!

Tak tahu setakat mana betulnya cerita ceritut tadi, yang pasti ada aje orang yang suka menyakat dan membawa kabar-kabar angin!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...