Cuti sekolah ni gago menghadiri majlis kahwin, kadang-kadang bertimpa-timpa, satu hari ada dua tiga majlis. Walau bagaimana pun undangan tetap dipenuhi, mengundang itu sunat dan memenuhi undangan itu wajib, kecuali ada sebab tertentu.
Mengundang tetamu ke majlis perkahwinan 20 - 30 tahun dulu amat berbeza dari sekarang. Kad kahwin tidak begitu penting sebab menjemput secara mulut lebih utama. Ahli keluarga terdekat akan berkecil hati kalau mereka dijemput dengan hanya pakai kad hingga ada yang merajuk . Menjemput pakai kad adalah bagi orang yang terlalu jauh atau kenalan biasa, bagi keluarga yang sekampung dan kampung-kampung yang berhampiran, kena pergi jemput sendiri atau melalui wakil.
Sekarang keadaan sudah berbeza, ia lebih mudah dan lebih praktikal, semuanya pakai kad dan pos saja. Kalau jiran setaman perumahan, pergi letak dalam pos box masing-masing termasuk jiran sebelah atau dua belah rumah ( dah over lah tu! ). Kalau terlupa hantar kad, atau kad dah habis jalan terakhir hantar melalui sms aje! Tapi awas, sms boleh memberi pelbagai tafsiran atau salah faham bagi sipenerima dan mungkin mereka terus tak ambil berat akan undangan itu.
4 comments:
LOL.. orang sekarang buat jemputan pakai facebook je aunty..
Iyeke? ketinggalan zaman doh lah, tengoklah posting ayurveda, gambar pun herang herot dan kepam aje!
Nak kena ikuti fb lah pulak....
Jangan lupa jemput kalau ada kenduri. Ikut FB pun bole. :)
No problem!
Post a Comment