Tuesday, February 2, 2010

Roti canai diuli dengan kaki..?

Di Teluk Wan Jah Alor Setar ada sebuah kedai yang menjual mi rebus, sedap dan sangat disukai kebanyakan orang Alok Setak. Nama mi tu ialah mi Abu ( kerana tokeynya dulu bernama Abu ). Sejak zaman sekolah hingga sekarang me husben masih ingat mi Abu, bila teringin nak makan mi rebus, dia akan cari yang rasanya macam mi Abu,kalau tidak, tak pueh makan.

Pernah dulu semasa kami tinggal di Alor Setar ada kabar angin atau lawak angin yang mengatakan mi Abu sedap sebab tokey dia rendam seluar dalam dalam kuah mi. Ramai yang geli dan ramai lagi yang tak kisah.

Banyak orang kata, laksa yang paling sedap ialah laksa Kuala Perlis. Kami yang di Alok Setak/ Kedah tak melepaskan peluang makan angin ke Kuala Perlis, pi makan lakso. Ada pulak cerita ceritut yang mengatakan kuah laksa dibuat dari belut, sebab tu kaw sangat. Ramai orang tak makan belut, tapi belut adalah makan exotik yang terkenal di seluruh dunia. Ramai yang geli, ramai pulak yang tak kisah!

Dulu-dulu kalau nak makan nasi kandar pi Penang. Nasi kandak Penang kaw habis, bila makan sampai menjilat jari. Depa kata, awat tak sedap kuah kari tu dah berumur lebih 100 tahun. Konon kata, mamak yang buat kari mai dari India waktu orang putih perintah, kuah kari hari ni disimpan sesenduk untuk dicampurkan dalam kuah kari yang baru masak hari esoknya untuk mengekalkan kelazatannya. Begitulah yang dibuat hingga ke la ni!

Back in KL, anak-anak muda suka lepak kedai mamak 24 jam, depa meremaja dengan makanan mamak, roti canai, teh tarik, nasi beriyani, ayam madu , tosai dan kari mamak. Paling laris ialah roti canai dan teh tarik. Maka keluarlah cerita ada kedai mamak uli roti canai dengan kaki ( sebab buat terlalu banyak ), ramai yang geli tapi ramai yang belasah aje!

Tak tahu setakat mana betulnya cerita ceritut tadi, yang pasti ada aje orang yang suka menyakat dan membawa kabar-kabar angin!

2 comments:

Maher Al Muaqly said...

Nasi kandaq satu!!!

Kerabu Jantung said...

Lauk apa mau? kari kapla ikan, ayam madu, tandoor chicken ?Teh tarik tak mau minum ka ini hari?

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...