Thursday, May 12, 2011

Now Everyone Can Fry

Bila ada tawaran naik kapal terbang tambang murah pi Alok Setaq seronok bukan main, kami pun sungguh teruja. Gembira sangat sebab Malaysia kita ni makmur - semua orang boleh terbang dah la ni, bak kata .......now everyone can fry...err..fly, weh!

Apa tak terujanya - rm 63 tambang kapal terbang ke Alor Setar dan rm 63 tambang balik ke KL. Dengan penuh ceria, rasakan macam syarikat kapal terbang tu tok nek kita punya, mulalah buat booking untuk 2 orang penerbangan pergi balik . Akhir sekali + + itu ini, caj tu caj ni - termasuk caj minyak kapal terbang sekali jumlah semua rm 582...aik? jauhnya lari!.

Jadi tang mana yang murah tu?

Tak taulah...... kecek banyok gak drive sendirilah kalu nok muroh ! Atau naik bas biasa pun boleh , executive coach pun ada, keretapi pun ada !

How about the lower back pain?

2 comments:

Beautiful Life said...

Biasalah tu bila dh tambah mcm2 kos mmg lebih mahal dr harga tiket! contohnya dulu kalau nak duduk bersama2, masa nak boarding tu jalan cepat2 supaya boleh dapat tempat duduk yang terpilih. Sekarang kalau nak tempat duduk bersama2 kena caj. Nak check in beg pun kena caj, nak makan kena beli, etc. Sesetangah caj tu mmg utk kesenangan dan keselesaan penumpang, tp kalau tak kisah benda2 tu semua tak payah bayar caj tambahan (kecuali airport tax & fuel surcharge).

Tp kalau harga tu untuk dua orang, agak berbaloilah, tambahan pula dpt jimatkan masa dan badan tak penat sgt bila naik flight berbanding kalau drive 4-5 jam.

Kalau dicongak2 masa perjalanan dr turun rumah nak ke airport pastu naik flight sampai ke airport destinasi lepas tu naik teksi pulak ke destinasi sebenar, sebenarnya pun boleh jadi 4-5 jam jugak!

Kerabu Jantung said...

Banyak benar kos yang terselindung di sebalik tambang murah tu!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...