Wednesday, November 9, 2011

Astro vs Parabola !


Orang Brunei juga melanggan Astro. Tapi mereka ada alternatif lain, sebab mereka boleh guna parabola!

Semasa kami tinggal di Sarawak pada tahun 1995 dulu, kami pergi melawat Pontianak( Kalimantan ) melalui jalan darat, dan di sepanjang-panjang jalan kami dapati hampir setiap rumah dilengkapi dengan parabola pelbagai saiz , besar kecik semua ada. Ada yang 20 kaki  diameter dan ada yang lebih . Ada rumah yang kecil parabola pulak besar macam padang golf, kalau jatuh atas bumbung  , boleh roboh rumah ! Depa tu duduk jauh di pedalaman, tapi dapat tengok beratus channel.

Bila Astro diperkenalkan, bukan main seronok rakyat Malaysia terutamanya di Semenanjung (Sabah dan Sarawak relaks aje,  depa ada parabola!  ) Ada Astro dapat tengok macam-macam rancangan buatan sendiri atau impot. Bayar lebih sikit takpe, sebab macam-macam ada katanya. Tapi rupanya Astro ni macam anak dara lawa, makin lama hantaran makin tinggi! Macam harga barang jugak, makin hari makin meningkat.

Kalau kita jadi suri rumah sepenuh masa baru kita sedar rupanya depa dok rewind cerita yang sama bertahun-tahun lamanya - dok pi mai-pi mai , pi ulang siaran! Lagi lama dok kat rumah, lagi banyak kita tonton wayang lapuk! Depa dok advertise macam-macam, rancangan dan cerita yang gempaq-gempaq , rupanya kos rm 60- 70 setiap bulan tu belum cukup untuk menontonnya !






Piring kecik channel sikit, piring besar channel banyak dan murah? entahlah!



Kalaulah kita dibenarkan guna parabola, pecahlah monopoli siaran tv!



Kalau takde monopoli bolehlah orang lain tumpang kaya dan kita yang ramai- ramai ni dapatlah merasa barang-barang dan perkhidmatan dengan harga yang jauh lebih murah, kan?

Kita.dok dengar kompeni monopoli dengan gahnya isytihar keuntungan besar setiap tahun.  Yang kita ni  terkulat-kulat, dok bayar bil letrik, bil telefon dan bil Astro - yang makin lama makin mahal ! Kalaulah stesyen tv swasta, syarikat telekom dan sarekat tenage  jadi calon pilihanraya dalam PRU 13 nanti, mungkin mereka akan hilang wang pertaruhan ( sebab dalam kempen dia tak boleh kata dia banyak menolong rakyat jelata! ) . Buatnya pulak  kalau ada calon lain yang buat janji, kalau depa menang hari ni, esoknya bil letrik, bil tv swasta dan bil telefon akan turun merudum . Haru!

Iboh plente-plente!


No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...