Thursday, November 24, 2011

Sesi Soal Jawab Seminar Qiraat

Sedutan:

Semasa sesi soal jawab di Seminar Qiraat yang lepas , ada yang mempertikaikan mengapa asyik menekankan tajwid dan keperluan mempelajari Qiraat dan membaca  Al-Quran, sedangkan ia tidak diwajibkan. Sepatutnya belajar makna dan tafsir lagi penting.

Antara huraian yang diberi ialah - Membaca Al-Quran dan Qiraat adalah satu ibadat. Seseorang yang membaca Al-Quran ( dengan tartil ) akan mendapat fadilat dan pahala yang besar.
Maksud Al- Quran itu sendiri ialah BACA - Qo Ro Aa, jadi Quran itu maknanya ialah BACAAN.
Maka keutamaannya ialah baca, dari bacaan dapat keredaan.
Dari Quran juga datangnya tafsir
Dari Quran juga tercetus Hukum Feqah

Tiada saranan dari syara' supaya baca dan fahami makna
Kalau ada saranan begitu semua orang dapat dosa kerana ramai yang tak faham makna 

Orang yang faham makna AlQuran hanya beberapa orang Mufassirin ( yang mentafisr dan mengeluarkan hukum-hukum dalam Al- Quran )
Ramai yang jahil.  Orang Melayu tak ada yang memahami Quran ( mentafsir hukum )

Soalan ini diajukan untuk menggalakkan manusia supaya jangan baca Al Quran

Baca Al-Quran tu adalah baca Qiraat
AlQuran yang orang Malaysia baca sekarang ialah   Qiraat Hafs An'Asim.

Ada para mujtahid membaca Quran Riwayat Qolun dari Imam Nafi tapi amalan Feqah dari bacaan Quran Riwayat Ibnu Katsier
Seperti Imam Syafie , beliau membaca Qiraat Ibnu Katsier tapi amalan Feqah adalah dari Quran Qiraat 'Asim
Contohnya ialah  Qiraat Riwayat Ibnu Katsier mewajibkan wudu' dengan menyapu semua rambut ( sapu kepala ), fatwa Imam Syafie pula dari Qiraat Riwayat Hafs An'Asim iaitu menyapu rambut sekurang-kurangnya  terkena air pada 3 helai rambut - tak perlu basuh semua.

Quran itu sendiri adalah sumber hukum Feqah dan sebagai sumber ilmu seperti yang di sebut dalam surah Al-An'am
Seperti yang dikatakan tadi , dari Al- Quran tercetus hukum Feqah!

WaLLahu a'lam
I'm merely noting down what I heard!

Nota Khas:

Semua kertas kerja Seminar ini boleh didapati dengan memuat turun dari laman web
www.ustazrahim.net/qiraat 2011













No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...