Bersembang dengan pasangan muda umur pertengahan 30an yang telah berjaya sebagai katerer, saya mendapat gambaran liku-liku yang dilalui mereka . Mereka memulakan katering secara kecil-kecilan dan kini telah menjadi katerer besar-besaran untuk majlis kenduri kahwin siap dengan pakej jamuan, kemah dan segala perhiasannya serta peralatan pengantin dari A ke Z.
Mereka menceritakan ada kalanya mereka dipermainkan - Temu janji pertama di sebuah rumah yang sangat sederhana - berbincang fasal pakej makanan dan persiapan kemah, meja pengantin, pelamin dan lain-lain yang berkaitan dan telah pun membuat persetujuan tentang sebut harga pakej tersebut. Bila nak buat rundingan terakhir ,barulah mereka tahu rupanya majlis kenduri tu akan diadakan di alamat rumah yang lain. Sesampainya di rumah tuan kenduri - berderet kereta mewah di bawah porch sedangkan dalam pertemuan pertama dan kedua dia hanya pakai kereta cabuk . Terkejut badak hamba Allah tu, takut salah alamat.
Selepas tu mulalah tuan kenduri menunjukkan belangnya yang sungguh cerewet dan demand minta menambah itu, tambah ini, sehingga akhirnya melebihi dari harga yang dijanjikan. nak naikkan harga dah tak boleh, sebut harga telah dibuat dan cengkeram telah dibayar. Mereka kata quotation dah dibuat , takkan nak bagi quotation yang kedua pulak .
Rupanya banyak lagi cerita tentang pelanggan menipu mereka dengan pelbagai cara - masa berbincang bukan main manis mulut, bila dah confirm mulalah itu tak kena ini tak kena - hendak barang-barang yang kelas dengan harga yang rendah.
Ada jugak manusia yang macam tu dalam dunia ni - mereka takut orang tahu mereka kaya dan menyangka semua orang nak overcharge depa , lalu berpura-pura jadi orang yang tak kaya - pada halnya sama ada sedar atau tak sedar merekalah sebenarnya yang telah memanipulasi keadaan ................mereka dapat the best deal, katerer pulak yang break even!
3 comments:
Assalamualaikum Kerabu Jantung, Subhanallah, mendoakan agar kita semua tidak akan jadi mangsa dan pemangsa...Sukarnya untuk mencari kejujuran dalam kehidupan kita sekarang.
Dear Kerabu Jantung, mana ada penipuan yang tidak senghaja. Semua sudah diperhitung. Dia lupa Allah maha melihat, maha mengengar dan maha tahu apa yang ada dalam hati dan perut. Ini belum cerita penipuan yang lain.....oleh mereka yang berkuasa....Kan gitu.
Semoga mereka Allah sedarkan. Semoga kita terpelihara.
Alaikumussalam Mieza
Aamin, semoga kita tak tipu orang dan orang tak tipu kita..
Salam Sis Ngasobah
- betul tu, orang yang nak menipu dah pasang niat awal-awal lagi. Ramai je orang / pemimpin yang menjadikan matlamat menghalalkan cara..
Post a Comment