Wednesday, January 11, 2012

Sehari Sesudu Peluh......







.........lama-lama boleh kurus!

Jiran saya DZ in her late 60s , masih kuat, masih aktif , jarang-jarang sekali demam, selesema, batuk atau penyakit kecil yang lain-lain. Tiap-tiap pagi lepas subuh beliau pergi jogging keliling kawasan perumahan lepas tu sambung buat gardening hingga pukul 10.30 pagi - without fail, melainkan hujan turun!



DZ's orchids in full bloom




Beliau memberitahu saya - buat eksersais sikit-sikit, sehari sesudu peluh, tak akan jadi gemuk dan jauh dari penyakit! Walau pun badan tak kecik comel tapi taklah gemuk - maintain je ( eksesais dan berkebun berpeluh lebih dari sesudu! ).  Alhamdulillah, berkat rajin beliau sihat sejahtera.




 
One of her handiwork  - dia kata -  kita buat dia bukan dia buat kite!





Cik Yah pulak pernah buat nakal - bila menantu dia mengeluh  badan bertambah-tambah bulat, dia pun menyarankan  supaya menantunya bangun malam solat tahajjud, biar badan susut sikit ( kurangkan tidur). Berpeluh sejuk jugak menantu mendengar saranan tu!

Pernah dengar dialog - awak ni eloklah bawak menyangkul-nyangkul sikit, buat kebun biar keluar peluh banyak-banyak ( biar kurus sikit! ) atau pun - tengok body awak ni, saya rasa awak kena puasa 3 bulan dalam setahun ( kurangkan makan!). Rasa-rasanya macam ada mulut orang nak kena sental dengan tempurung berbulu ( macam Tun Teja menyental mulut mak inang  dalam cerita Hang Tuah )

Bagi orang yang tak berpeluh ( couch potato )  kena amal pemakanan seperti yang disarankan nutritionist  - iaitu mengikut sukatan - makan nasi, kway teow, mi,mihun , pasta dan seumpamanya hanya semangkuk kecil diiringi dengan sayur dan buah-buahan. Kalau breakfast kat kedai mamak, roti canai/capati/tosei sekeping je , jangan tambah apam dan karipap lagi dah. Itu pun kalau boleh tahan, kalau tak boleh belasah je akak! Sekarang ni baju plus size banyak kat kedai ,  size XXXXXXL pun ada!

Pendek kata kalau makan banyak, kena keluarkan peluh secawan sehari! Kalau mulut tak henti-henti mengunyah atau sekali makan nasi sampai habis semangkuk tambah atau makan roti canai 3 keping sekali duduk siap dengan teh tarik segelas besar........mungkin kena keluarkan peluh satu kole sehari.........














No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...