Tuesday, March 27, 2012

Kerana Ego

Ada ibubapa paksa anak suruh dapat semua A dalam semua mata pelajaran, tak kira dah anak tu mampu ke tak mampu. Akhirnya anak kecewa kerana tak dapat memenuhi kehendak yang begitu mendesak dari mak bapak, yang bercita-cita tinggi supaya anak berjaya. Jadilah keadaan yang begitu kekok dan tak selesa antara anak ( yang  asyik kena marah, kena ungkit habis duit mak bapak hantar  tuisyen 7 hari seminggu sampai naik bengong budak tu dibuatnya) dan ibubapa,( yang sentiasa merungut  buat malu je kat orang sebelah rumah - anak orang dapat 10A, anak kita dapat 2A je, tak tau nak sorok muka kat mana, anak sedara kat kampung pun boleh dapat 5A, pada hal pegi kelas tambahan  kat sekolah je!).

Ramai jugak anak-anak yang tak suka bidang pelajaran yang diambilnya dipusat pengajian tinggi, tapi oleh kerana mak ayah yang nak jugak anak dia jadi loyar, doktor , engineer - anak terpaksa akur. Ada anak yang tamat pengajian doktor perubatan kata -
Along dah dapat ijazah doktor, sekarang Along nak belajar yang Along suka pulak.  Along nak jadi pilot!
Maka terpaksalah mereka merelakan anak mereka belajar pandu kapalterbang dan akhirnya bekerja di syarikat penerbangan...

Ada jugak yang selama ni dengar apa kata mak ayah - bila dah lulus dapat degree yang mak dia suruh ambik , dia tak nak kerja- dok kat rumah je menanam pokok anggur! Puas mak ayah menasihat supaya pegi cari kerja, siap mintak tolong kawan-kawan ( menarik kabel sana sini biar anak dapat kerja bagus ) - anak buat selambe derk aje sebab cita-cita dia nak jadi chef! mak ayah  meraung habis! Tak faham sebab apa  anak tak nak  jadi engineer/arkitek/akauntan dan lain-lain.......

Ada jugak ayah yang relax je , anak dapat straight A1s dan dapat tawaran biasiswa untuk belajar doktor, anak pilih nak jadi dentist. Biarlah...... that's what she wanted maa! sekarang ni she lives happy ever after dengan tugasnya yang menggerudi gigi orang tiap-tiap hari tu. Ayah pun happy bila anak dia happy!

Jadi, tang mana yang tak kena tu?





No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...