Thursday, March 1, 2012

KUL - BTJ - Kehilangan Segala

Kehilangan kampung halaman dan semua isi rumah bahkan seluruh kampung lenyap dari mata.

 Seorang pegawai Masjid Baiturrahman yang terletak di tengah-tengah Banda Aceh ( beliau di bahagian maintainance ) memberitahu pada 26 hb Disember 2004 , seperti biasa dia datang bertugas di Masjid Baiturrahman  pada pukul 7 pagi. Pada pukul 8 pagi dia terdengar suara riuh rendah air laut naik! air laut naik! air laut naik! dan ramai yang berlindung di masjid ini . Dari masjid mereka dapat melihat air laut bewarna hitam dan berbau belerang dan sebagainya, meluru dengan derasnya ke arah daratan dengan membawa pelbagai sampah sarap dan mayat manusia .Beberaapa jam kemudian surut kembali dengan meninggalkan pelbagai sampah dan mayat yang bergelimpangan. Walau bagaimana pun masjid tidak tenggelam, air hanya naik satu mata anak tangga sahaja.

Setelah air surut dia pulang ke rumahya - di Kampung Jawa ,  rupa-rupanya kampungnya dan kampung-kampung yang bersebelahan telah lenyap ditelan air bersama dengan isi rumah - jadi padang jarak padang terkukur. Ibu, isteri , anak-anak dan ahli keluarganya yang lain serta orang-orang  kampung semuanya hilang!













masjid Baiturrahman masih utuh dan cantik dan tidak dimasuki air walaupun berada di tengah-tengah laluan tsunami

Pendek kata kalau kita bertanya kabar, ramai yang akan menceritakan pengalaman mereka semasa musibah itu berlaku.

2 comments:

Mieza said...

Assalamualaikum Aunty,

Allahu Akbar, dapat membayangkan perasaan setiap insan yang melalui detik itu...sewaktu gegaran gempabumi berkala ritcher 7.2 tepat jam 3.42 pagi saya dan suami di dapur merangka2 apa yang mahu di makan kala sahur. Gegaran pertama selama lebih 8 saat dan bekalan letrik terus terputus adalah seperti menuggu saat kematian, tiada ingatan lain selain inilah janji Allah yang nyata. Perjalanan dari dapur ke bilik anak2 yang hanya sekadar 10 langkah adalah langkah paling jauh yang pernah kami lalui. Janji Allah itu benar, saya menangisi BTJ atas Kehilangan Segala...kerana Allah masih sangat-sangat sayangkan kita semua.

Terima kasih aunty atas perkongsian ini. Ada sendu di hati dan basah kelopak mata...

Kerabu Jantung said...

Alaikumussalam Mieza,

Alhamdulillah,Mieza sekeluarga terselamat dari gempa itu.Allah sahaja yang memberi petunjuk dan hidayah dan ganjaran pahala ke atas orang-orang yang berhadapan dengan bencana besar yang menggerunkan itu.

Tsunami Acheh itu adalah sebagai peringatan kepada seluruh manusia.
Sungguh ngeri kerana bila turun bala - ia berlaku dengan tiba-tiba!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...