Saturday, June 30, 2012

Buah Yang Jarang Dijumpai









Habibti telah dijemput pergi ke kebun seorang sahabat kami di Janda Baik. Di kebun tu ada sepokok buah yang dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Samanea Saman. Oleh kerana pokok ni hampir pupus di Malaysia, ramai yang tak kenal dan tak pernah makan buahnya.

Habibti tak pernah tengok buah tu sebelum ni , bila dia tanya apa nama buah tu , kami pun beritau ie buah ko#% mamak ( knowing that she won't understand the meaning ).  Bila makan Habibti kata sedap, dan beliau nak beritahu  hubbynya. Oleh kerana the menfolk duduk berjauhan dengan kami - mereka di atas beranda dan we ladies di tepi sungai -

Beliau pun mengangkat buah tu tunjuk pada Wan dari jauh .......Wan....you pernah makan  buah ni? Nama dia buah ko.......( kami pun terus menutup mulutnya )

Hoho..jangan sebut nama buah ni....bahaya besar...




            Wiki search

Why, what's wrong?

Nama buah tu very offensive! Tak boleh sebut kuat-kuat

Why? why?

We started laughing...and told her the real meaning of that buah Samanea Saman mengikut nama kampungnya......

Tak tahulah sapa yang bijak sangat bubuh nama  yang agak x- rated  kat buah yang tak berdosa tuh ! Dahlah pokok nama lain buahnya pulak nama lain.......pelikkan?

3 comments:

Anonymous said...

Puan, nama lain bagi buah KM ini ialah buah Hujan-hujan... Saya orang Kedah pun segan la nak sebut nama KM ni.

Kerabu Jantung said...

Terimakasih Anonymous - janganlah berpuan , kerabujantung je!

Yelah, nama mencarut - mana berani nak sebut depan mak mertua, haha!

Beautiful Life said...

Hahahah mum that was a funny day....aunty Fatma sungguh innocent nk sebut nama buah tu...not her fault though....bila ingat2 cerita Aunty Fatma and her misadventures with Malay words, tergelak jugak heheh

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...