Sebenarnya banyak berlaku dan kerap kali menimbulkan perbalahan.
Seorang ibu mengadu jiran sebelah rumah anaknya , bila menyapu sampah tak ditadahkan dan tak dibuang dalam tong sampah, tapi ditala ke rumah anaknya. Tak sudah dengan tu anak cucu dia selamba je buang sampah ke dalam pagar jiran .
Di kampung pulak lain cerita, oleh kerana rumah jiran-jiran agak berjauhan, sebab tanah luas, timbul masalah sempadan. Ada jugak jiran yang menghalakan longkang mereka ke tanah orang sebelah sehingga terjadi kolam kecik di situ ( yang berbau busuk ) akibat dari aliran air mandi dan air kumbahan !
Ada yang tak sabar, sampai bawak parang ke rumah jiran.....maklumlah cakap sikit-sikit buat selamba derk je - bila nampak kilauan parang baru menggelabah, habis anak cucu dikerah gali parit menghala masuk ke tanah sendiri.
pokok jambu golok
Belakang pokok jambu golok ialah sempadan tanah pusaka - elok je depa datang pacak rumah gelandangan ( yang berdinding zing ) betul-betul atas line! Ada juga yang buat rumah atas tanah sendiri tapi tangga dan lambor masuk ke tanah orang.....siap buat court badminton lagi depan rumah.
Tak kira lagi buah kelapa, buah mangga dan buah jambu golok dah jadi hak bersama - main ambik tak bertabik dah kat tuan tanah!
Mujur jugak orang kampung tak reti lagi main saman menyaman.....kalau tak gempaq habis kisah saman jiran ke atas jiran, saman isteri terhadap suami kerana tak beri nafkah atau saman makmun terhadap tok imam yang menyebabkan ramai makmum mufarakah setiap kali tok imam tu on duty!
4 comments:
Dear KJ.
Trespassing. Bukan dorang pedulik.kalau dibiarkan, sikit sikit dorang mengesot.
Salam dear Sis. Saya dah tengok dalam kes adik beradik yang berkecil hati sebab tanah pusaka yang ukuran sempadan yang hanya sedepa bezanya. Literally sedepa. Bayangkan! Kita haruslah berusaha mendidik hati untuk lebih kurang dan berlapang dada seadanya. Jiran saya pun suruh tebang pokok mempelam saya kerana daunya masuk kawasannya. Saya pun tebang walaupu kami kata buah yang lepas ke tanahnya sudah kira dia punya.
Kita baiki dan sempurnakan diri kita.Sama-sama.
Dear D'Ombak ,
Dahlah masuk ke tanah orang, kalau disuruh keluar siap mintak ganti rugi lagi!
Yennadey! itu nang bo ti nang kui bo ti kui punya olang!
Dear Sis,
Orang sekarang mana nak bertolak ansur - pokok-pokok I yang belakang rumah tu pun kalau bushy sikit ada yang bising suruh tebang - pada halnya tak masuk dalam pagar sapa-sapa pun.
Depa kata pook besar semakkan mata!
Post a Comment