Tuesday, November 6, 2012

Sambung Raya Di Satun



Putu beras





Kuih lidah kucing - rapuh dan sedap 








Tak tanya pun nama kuih ni, sebab dok pulun makan kuih lidah kucing










Kuih bakaq - lembut, manis dan larut dalam mulut







Setelah  sampai di Setoi , kami dibawa ke rumah Tok Ngah Azadekazza , mandi manda dan berehat. Sempena Hari Raya.  Tok Ngah menjamu kami dengan kuih-kuih tradisional yang sungguh sedap!Ramai di antara anak cucu kita dah tak kenal kuih-kuih ni!

Kami tergelak bila Azzadekazza menceritakan bagaimana dia dan ahli keluarganya pegi solat Aidul Adha di masjid, tok imam baca kutbah raya dalam bahasa Siam, depa anak beranak dok nganga tak faham apa!

Rata-rata penduduk Satun terdiri dari bangsa Melayu ( Islam ). Mereka bercakap Melayu dengan ada sedikit perkataan Siam yang diassimilasi ke dalam bahasa mereka . Cara bercakap lembut dan lunak didengar .Orang Kedah kata depa tu cakap bahasa Kedah Klasik

Golongan muda ramai yang kurang bercakap dalam Bahasa Melayu .sebab sistem sekolah adalah aliran Siam.

2 comments:

Deru Ombak said...

Bestnyerrrrr..

Ambo rindu nok kecek siey.. Huhu

Kerabu Jantung said...


satu hari nanti kita boleh buat gila-gila, naik keretapi pegi terus ke Bangkok!

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...