Antara deretan bangunan di Hat Yai - bandar yang berselirat dengan wayar letrik!
Sepetang Di Klong Hae di Hat Yai
Kami sampai ke Hat Yai lebih kurang pukul 5.00 dari Satun, check - in kat hotel, lepas tu kami terus dibawa ke Floating Market.
Klonghae Floating Market di Hat Yai |
Peniaga-peniaga Islam menjual makanan dalam sampan ( dalam sungai ) di Floating Market - pelanggan membeli dari atas tebing sungai
Pelbagai juadah dan air minuman dijual
Rambang mata nak memilih makanan
Akhirnya.....
kami memilih kebab, ada kebab ayam dan daging |
...kesemuanya berharga 20 baht....
Pengunjung-pengunjung makan ditempat yang disediakan di tebing sungai
Tong sampah digunakan dengan sepenuhnya - and the place is squeaky clean!
2 comments:
Salam. Best jugak tengok negeri orang. Islam di situ macammana. Banyak masjid / surau?
Wassalam Sis, orang Melayu Satun asal Kedah , cakap Kedah - banyak masjid dan surau , tapi naik atas sikit, orang Melayu dah tak cakap Melayu ( cakap Siam) sebab sistem sekolah guna bahasa siam sepenuhnya.
Dikatakan golongan muda ramai yang kurang mahir bahasa Melayu jadi akhir-akhir ini ada usaha menaikkan / cuba mengekalkan bahasa Melayu dengan memasukkan bahasa Melayu sebagai salah satu subjek di sekolah.
Post a Comment