Wednesday, January 2, 2013

Buaya Dalam Jala


Menjala udang galah di Kuala Rompin


Di musim hujan begini, sungai-sungai penuh air, dan masa ni udang galah kecik besar tua muda keluar dari tempat-tempat persembunyian mereka. Balik kampug sekali ni tak susah dah nak beli udang galah, memang ada banyak -  setakat dua tiga kilo tak payah nak berebut-rebut.Udang galah banyak didapati pada bulan Ogos  hingga April . May hingga Julai, musim panas air sungai cetek dan mungkin pada masa tu udang baru menetas ( kena ada orang pegi buat kajian! )
Tapi ada satu cerita yang saya tak pernah tahu, hinggalah pada hari ini - rupanya bila musim udang galah banyak, risiko menjaring udang galah juga adalah tinggi. Pernah satu ketika orang pergi menjaring udang galah tapi beberapa ekor anak buaya kecik berada dalam jaring . Mereka jadi ketakutan dan terus lari meninggalkan jaring di situ - sebab, kalau ada anak buaya sudah tentu mak buaya ada di kawasan tu!

Ramai di antara kita yang tak tahu , Sang Bedal jugak suka makan udang galah ! Tapi tak semua sungai di Rompin yang ada buaya, mungkin hanya di kawasan dekat muara sungai saja yang kadang-kadang ada buaya ..... tapi buaya tu bukanlah jenis Bujang Senang di Batang Lupar dan Sungai Sarawak yang membaham manusia....buaya yang ada di Rompin ( rasa saya - dan belum pernah tengok  ) ialah jenis buaya kecil.

Pendek kata kerjaya menjaring udang galah risiko agak tinggi - hanya orang-orang yang mendiami kawasan situ  yang memahami ada atau takdenya buaya semasa mereka menjaring tuh. Tak pernah pulak orang Rompin gempar dengan cerita ada orang hilang kaki  masa menjaring udang galah.

Jadinya tak hairanlah harga udang galah mahal, bila beli tu janganlah tawar menawar lebih-lebih - nanti datang sekali lagi nak beli depa kata udang takde!

Nak menjala sendiri bukan dia, kena beli insuran nyawa dulu....

No comments:

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...