Tuesday, May 28, 2013

Semuanya Hilang Lenyap Di Mata...2




Bila saya masuk sekolah menengah di Kuantan ( tahun 60an ), setiap cuti hari jadi Tuanku saya akan pegi ke Pekan ke rumah Su Siah. Rumah Su Siah terletak ditepi padang polo. Kebetulan masa tu Nor pun ada di situ. Jadi setiap petang kami akan pegi tengok orang main polo. Ada beberapa pasukan polo yang bertanding, yang saya ingat selain dari pasukan polo Tuanku ada juga team polo dari Pulau Pinang, Manila dan Singapura.

Tiba-tiba Nor yang menghilang entah ke mana tadi datang beritahu saya....
Kak Mah.. orang tu dia kata dia orang Penang ( dah lupa nama dia )dia tanya Nor cucu mak tok ke?, dia kata kirim salam pada Batin Asiah .
Hahaha.....amendelah engkau Nor, ada pulak batin - batin tu Tok penghulu orang Asli! 
Walau pun diterangkan tentang kedudukan Su Siah ,Nor masih dok blur lagi tak tahu nak bezakan antara batin dan datin. - masa tu  Nor baru darjah 4 sedangkan saya sudah berada di tingkatan 5.
.
Selepas arwah Su Siah meninggal dunia , Kak Nyah  berkahwin dan memulakan hidup berkeluarga di Rompin. Rumah banglo papan warna cream di tepi padang polo tu diserahkan semula pada Tuanku . Tak lama kemudian rumah itu dirobohkan dan kawasan rumah dijadikan padang  kuda exercise.

Pada tahun 80an, kak Nyah juga telah meninggal dunia - segala keseronokan dan kemeriahan sambutan hari jadi yang disertai pesta untuk rakyat kini  hanya tinggal kenangan! Kalau pegi ke Pekan pun dah tiada apa lagi yang ada sebagai ingatan, tiada orang yang dikenal dan tiada saudara mara di situ.

2 comments:

Acik Erna said...

assalam KJ..paling seronok mengenang masa dulu kan..kadang sedih..kadang ketawa gembira..

Kerabu Jantung said...

wassalam Acik Erna,kenangan lama mengusik jiwa, walaupun ia kadang-kadang hanya tinggal bayangan..

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...