Monday, June 17, 2013
Ibubapa Borek Anak Rintik
Ramai ibubapa tak perasan yang anak-anak akan mengikut perlakuan, percakapan dan perbuatan mereka tanpa mereka sedari. Sebab tu kalau bapa seorang pengganas rumahtangga maka anak-anak lelaki mereka ( mungkin tidak semua ) pun akan menjadi ganas jugak!
Adapun sifat kedekut ibubapa juga akan menjadi ikutan anak-anak. Seorang yang berkawan dengan orang kedekut / kupik kena banyak-banyak sabar - apa taknya hak dia digenggam kemas-kemas, hak orang semua nak free. Atau kalau ada peluang , nak pow hak orang !Banyak juga berlaku di kalangan orang-orang muda yang tak segan silu 'sponge' kawan - kawan yang berduit.
Ada jugak orang yang susah nak meraikan tetamu ( melainkan yang dia undang ) - yang kadang-kadang datang ke rumahnya unannounced. Mulalah dia menghantar anak atau orang gajinya ke depan pagar suruh beritahu yang dia sedang tidur atau dia keluar dengan kawan ( kalau tidak orang tak percaya sebab kereta ada bawah porch ). Pembohongan begini akan memakan diri dan keluarga .Bayangkan, jika anak-anak suka cakap berbelit-belit dan bijak berbohong........mula-mula bohongkan orang lama-lama bohongkan mak bapak pulak..
Mengajar anak atau ahli keluarga perkara-perkara buruk - akhirnya akan menerima padah kerana perlakuan itu lambat laun akan diketahui orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Naik Kereta Sewa...
Ada kala dapat kereta sewa yang mini...kereta sempit tapi cukup sejuk, cukup udara... Sekarang ni takde kereta pun takpe atau ada kereta t...
No comments:
Post a Comment