Monday, June 10, 2013

Buka Rahsia








Bila balik kampung jumpa ramai sedara mara dan bersembang tak habis-habis - gelak ketawa toksah kira lagi, ada yang mengilai macam...

Bila dah hampir bulan puasa dok cerita pulak fasal hari raya -  tiba-tiba terungkit kembali cerita Kak Rah semasa dia hidup dalam kesempitan, suami pulak kerja tak seberapa. Tak pernah merasa makan daging, tak mampu beli sebab mahal. Kalau orang jemput kenduri kahwin barulah merasa makan gulai daging - tu pun kalau pergi awal, kalau pegi lambat , tinggal kuah je!

Pada suatu raya Aidil Adha, salah seorang ahli keluarganya yang setiap tahun buat korban 1 ekor lembu ( sebab anak beranaknya cukup 7 orang yang mampu berkorban ) tiba-tiba datang bawa sebungkus daging korban ( selama ni tak pernah bagi, kenduri korban pun tak pernah jemput ). Dia sungguh teruja bila dapat hadiah sebungkus daging korban yang mentah. Punyalah suka, mulalahh fikir nak masak macam-macam - kari ke, korma atau kuzi ke . Tapi bila buka bungkusan dan nak siang daging  ,rupa-rupanya dia dapat tulang dengan urat dan lemak je. Menitis air matanya kerana kehampaan.

Setelah menyimpan rahsia ni selama  20  tahun - baru sekarang Kak Rah menceritakan pada kami - yang  sedang  mengesat- ngesat mata yang tiba-tiba pulak penuh berair......

Baru kini kami insaf dan menghayati mengapa kita disunatkan menjalankan ibadat qurban untuk dibagi-bagikan daging kepada orang miskin! Tak ketinggalan juga orang yang berada diberi dsging qurban sebagai tanda silaturrahim.



No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...