Wednesday, June 19, 2013
Baca Surah Yasin!
Kak Nab dok risau kawan-kawan ajak masuk kumpulan Yasin kat kampung. Dia bukan anti surah Yasin, tapi dok main gilir-gilir rumah setiap malam Jumaat, susah jugak! Kena tinggal rumah setiap minggu. Kak Nab kata kalau jadi host lagi teruk, kena sediakan makanan berat - belanja banyak dan kena bertungkus lumus memasak dan menghidangkan makanan. Dia bukan berkira tapi tak mampu nak belanja lebih-lebih, sebab suami gaji kecik!
Yang dia tak tahan tu ialah semua benda nak di Yasin kan - pegi baca yasin di rumah orang yang sakit tenat, orang mati, orang buat kenduri doa selamat, cukur kepala , orang kenduri kawin dan lain-lain lagi. Kadang-kadang yang sakit dan yang mati tu orang lelaki, segan jugak dia. Bab sakit mati ni biarlah anak pinak mereka yang mengaji dan bacakan Yasin .
Kalau rumah jauh kena pulak tumpang orang sebab dia takde kenderaan.
Ketua kumpulan Yasin akan menetapkan - katam Al Quran semua pakai jubah putih, kalau orang mati depa pakai jubah hitam, kenduri kahwin pakai jubah lain-lain kaler yang akan ditetapkan. Berapa jubah nak kena beli? Di kampung bukan macam di bandar, ramai orang nak sponsor uniform kumpulan Yasin dan Marhaban.
Entahlah akak oii..........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dah Jadi Bionic Women
Kita tak tau rupanya bila dah meningkat tua banyak juga kena tukar spare parts dalam badan .Bahagian badan yang sangat biasa kena repair ial...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment