Saturday, April 12, 2014
Kisah Tudung Pintu
Pemandangan dalam Masjidil Haram di Makkah AlMukarramah
Ingatlah peristiwa Siti Sarah berlari-lari anak berulang-alik antara Bukit Safa hingga ke Bukit Marwah mencari air untuk anakandanya Ismail yang masih bayi yang sedang menangis kehausan.
Kisah Nabi Ibrahim a.s. menziarah anakanda beliau iaitu Nabi Ismail a.s., kebetulan pada masa itu Nabi Ismail tiada di rumah. Apabila baginda bertanya khabar pada menantu baginda ( yang tidak mengenalinya ) tiada lain yang diceritakan melain keluh kesahnya , menceritakan hidup dalam kesukaran dan suami kerap bepergian ( keluar berdakwah ). Ketika hendak pulang ke Palestine, baginda tinggalkan pesan untuk anakandanya supaya menukar tudung pintu rumahnya. Setelah pesanan itu dikhabarkan pada suaminya - isteri itu pun diceraikanya.
Setelah berziarah kali ke dua , baginda meninggalkan pesan pada menantunya suruh khabarkan pada suaminya iaitu tudung pintu rumahnya tidak perlu ditukar. Rupanya menantu ini tidak sibuk mengadu kesusahan hidup tetapi lebih mementingkan lelaki tua yang datang dari jauh berziarah ke rumahnya. Sudah tentu menantu ( walau pun tak kenal bapa mertuanya ) lebih dulu memuliakan tetamu, bertanya kabar dari mana, mengambil berat tentang jerih payah datang dari jauh untuk berziarah. Walaupun pada kali ini hampa untuk bertemu anakandanya, tapi baginda puas hati , menantu barunya mempunyai ciri-ciri yang perlu ada pada bakal ibu pewaris anbia'.
Dengan ini ia akan dapat mengasuh anak-anaknya dengan cara yang selayaknya - sebagaimana Siti Sarah yang cekal dan berani ketika ditinggalkan bersendirian memelihara anak kecil di tengah-tengah padang pasir yang kemudiannya dinamakan Makkah........
Wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
2 comments:
Suami isteri itu harus menutup kekurangan pasangan. Bukan pasangan saja malah kekurangan keluarga kedua belah pihak pun juga harus ditutup. Terlebih terkurang let go jer lah....selagi nyawa tak dalam bahaya kan kak kj ...uh
Itulah yang dipanggil amanah! Jangan kita mengkhianati amanah..
Terlebih kurang let go jer lah..betul tu UH, bak kata orang China - sap sap sui!
Post a Comment