Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri





Semoga Dosa Terampun Dan Doa Termakbul!



1 Syawal 1435 Hijrah


Di hari yang mulia ini tidak lupa kita pada mangsa-mangsa yang terkorban dalam nahas MH370 dan MH17.
Sesungguhnya  Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan!
Bagaimana dan bila... Sesungguhnya ia adalah dalam ketetapan Allah jua......
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh mereka dan semoga di tempatkan bersama orang- orang yang beriman...
Semoga Allah kurniakan ketabahan kepada waris-waris yang menangisi kehilangan orang-orang yang mereka kasihi .....
Semoga lambat laun terubat jua segala luka dan duka mereka-mereka yang ditinggalkan.....InsyaAllah!






Tuesday, July 22, 2014

Penyelesaian Masalah......




...di Bulan Ramadhan...




                  

                                                        google search




Seorang suri rumah yang ada ramai anak akhirnya telah dapat jalan penyelesaian . Selama ini dia tidak dapat bersama-sama ke masjid mengikut suaminya bersolat Tarawih sebab, lepas berbuka puasa dia mengemas dapur dan membasuh pinggan mangkuk yang melambak-lambak macam dalam restoran.

Encik suami lepas je buka puasa solat Maghrib terus bersiap-siap nak pegi masjid. Anak-anak yang ramai tu macam-macam kerenah, ada yang lambat ada yang segera solat, ada yang masuk tandas berjam-jam. Ibu pulak mengemas dapur , hampir Isya' barulah bergegas pegi solat Maghrib!

Pada tahun ini dia bernekad nak pegi solat ke masjid ikut suami, tak jadi dok solat Tarawih sendirian setiap malam , ingin jugak berjemaah dan mendengar bacaan Imam . Akhirnya dia minta suaminya beli pinggan dan gelas kertas - kali ni semua orang makan dan minum dalam gelas kertas. Jangan lupa beli plastik sampah warna hitam -  lepas buka puasa masukkan pinggan dan gelas kertas ke dalamnya!

Dia pun happy bukan main lepas bukak puasa solat maghrib berjemaah dengan suami dan anak-anak, lepas tu ramai-ramai 1 van pegi masjid meraikan malam-malam Ramadhan.....




Friday, July 18, 2014

Pendek Kata......





Di akhir-akhir Ramadhan ni ramai yang pulun dok berzikir , beristighfar- ada yang macam tak cukup masa, tak cukup bilangan zikir dan istighfar, sebab tak sampai target 10 ribu atau 100 ribu? Entahlah....

Macam-macam gadget yang digunakan, ada yang digital, ada yang tekan/bunyi/tekan/bunyi , ada yang guna tasbih ( sampai berasap )..

Ada yang kata , beristihgfar dan berzikir tu biarlah lambat dan hadir hati

Ada orang pilih quantiti -
 Astaghfirullahastaghfirullahastaghfirullahastaghfirullahastaghfirullahberiburibukali

Ada yang memilih qualiti -
Astaghfirullahal 'azim allazi laa ilaha illa hua alhayyu alqayyum waatuubu ilaih - Ya Allah..sesungguhnya aku ini banyak dosa, ya Allah ampunkan daku......................aku pernah itu..........aku pernah ini............selalu termengumpat.......... pernah menganiaya................aku telah tak amanah......................aku.....aku.........dengan merayu minta ampun pada Allah....

Ada yang kata mulut tak hadir hati dalam berzikir itu  lebih baik dari mulut yang luas macam tempayan dan mulut yang suka mengata orang dan mulut yang I am holier than thou.....dan..dan...

'Ala kulliy hal, Allah sahaja yang menilai amalan kita..

Wallahu a'lam.




Wednesday, July 16, 2014

10 Malam Terakhir Ramadhan






..yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang berpuasa untuk mendapat ganjaran pahala  1,000 bulan.

Dalam pada bertadarus, bertemu dengan kisah Firaun yang angkuh dan tak ingat mati - dia ingat dia Tuhan sebab dia berkuasa di bumi Mesir. Dalam kesungguhannya nak membunuh Nabi Musa , terus mengejar  nabi Musa dan pengikut-pengikutnya melalui Laut Merah yang terbelah itu. Tak disangkanya bila sampai ke tengah , Laut Merah bercantum semula dan Firaun yang hampir tenggelam itu pun  nampaklah penghujung nyawanya . Barulah dia sedar akan kebenaran Allah, lalu mengaku beriman dengan Tuhan Musa ( Allah ). Apakan daya peluang yang diberi Allah untuk bertaubat sungguh panjang tapi disia-siakan. Rupa-rupanya pintu taubat tertutup apabila nyawa sudah tiba dihalkum!

Mengikut tok guru, 10 malam di akhir Ramadan ini membuka peluang kepada orang-orang yang berpuasa melakukan ibadat sebanyak-banyak yang mungkin - hidupkan malam -malam Ramadhan dengan membaca AlQuran, memohon keampunan, bertahjjud, berdoa, beriktikaf .....sehingga terbit fajar......











Thursday, July 10, 2014

Balik Ke Pangkal Jalan






Deris dah seminggu dok dalam wad ditemani sepupunya Seman. Seman jadi pembantu peribadinya dalam hal-hal yang peribadi sebab kalau hal-hal lain berkaitan dengan kerja atau pentadbiran Seman tak boleh diharap sebab dia jenis lurus bendul dan bodoh-bodoh alang. Dia jadi tukang angkat beg, tukang bayar bil rumah Zana dan jadi orang kanan Deris bila balik kampung. Tugas mutakhir Seman ialah jaga pintu wad dan
 menjaga jadual kedatangan  Liah isteri sah Deris dan Zana yang bukan isteri Deris.  Dengan lidah yang agak 'slurr' sebab dah keras Deris pesan supaya kedua-duanya jangan bertembung.

Bulan Ramadhan kali ni, Seman lain macam sikit, dia banyak termenung - bukan saja keletihan sebab musim panas dan ketagihan rokok, tapi dia banyak bertafakkur. Dia rasa berdosa besar jadi orang kanan @ barua Si Deris tu . Kalau di kampung, bulan puasa begini dia jadi rebutan Makcik Leha, Kak Limah, Mak Tom dan lain-lain. Pekerja rencam macam Seman tu sangat penting bila masuk bulan Ramadhan - cat rumah, cat pagar, tebas rumput, prune pokok, hantar kuih kat pasar Ramadhan dan lain-lain. Bila raya, Seman yang bujang terlajak tu banyak dapat duit upah, pakaian baru ,kuih raya free dan lain-lain.

Dalam termenung panjang tu dia nampak Liah sampai awal  pada hari tu ketika si Zana masih berada di hospital menemani Deris.  Gasaklah Deris oii, berani buat berani tanggung. Lidah dah keras, urat jantung dah tersumbat, tak insaf-insaf lagi... Aku dah tak kuasa bersubahat, aku dah tobat  dan nak balik kampung!

Berlaku perang besar menyebabkan jururawat kena panggil guard untuk membawa mereka keluar dari bilik itu. Sejurus kemudian Encik Idris dikejarkan  ke bilik CCU.........






Friday, July 4, 2014

Antara Selawat Dan Marhaban





... and all the zikr and Solawat in the Muslim World in
you tube....



              


Di Malaysia jarang diadakan solawat dan zikir, kecuali dalam acara sambutan Maulud Rasul dan bait-bait solawat itu yang sama saya dengar setahun sekali sejak kecil. Masa dulu di kampung saya ada majlis bergendang dan berdikir, tapi bukan dengan bersolawat atau lain-lain zikrullah - dikir mereka adalah gurindam seloka yang tiada kaitan dengan Allah dan Rasul. Ianya sangat jauh berbeza dengan solawat orang-orang Arab, India, Pakistan, Turki dan negara-negara bekas wilayah kerajaan Uthmani  . Mereka ada banyak versi solawat, marhaban dan lain-lain bentuk zikrullah yang diraikan dengan penuh meriah, penuh semangat dan riuh rendah mengikut tradisi dan cara hidup mereka sejak  turun temurun.

Solawat mereka penuh dengan puji-pujian kepada Allah dan Rasullullah SAW dan ahlul bait serta doa - doa kepada Allah. Ianya adalah satu cara hidup yang dilakukan beramai-ramai dengan disertai dengan gendang, gambus dan pergerakan-pergerakan tertentu  dalam majlis-majlis keramaian dan sambutan maulid Rasul atau majlis tertentu seperti majlis perkahwinan , kelahiran dan sebagainya.  Ada yang dikaitkan dengan amalan tarekat dan golongan sufi dan ada yang dikaitkan dengan amalan golongan Syiah. Bagi saya apa salah solawat dan zikir tu, ianya solawat pada Rasulullah dan zikir pada Allah!

Ramai juga yang membincangkan tentang fenomena baru solawat di Malaysia yang dibawa oleh Habib berketurunan Arab Hadralmaut dari Solo. Kehadiran rombongan dari Solo itu banyak membawa pros dan kontras yang dihujjahkan oleh para ustaz. Macam jugak majlis marhaban yang dijalankan di Malaysia ni, ramai yang kata ianya berasal dari amalan Syiah.  Pujian-pujian terhadap Rasul SAW yang melampau-lampau dan bait-bait yang dikatakan  (yang memesongkan akidah? ). Tapi rata-rata kita menerima  marahaban sebab ia dah jadi darah daging dalam kebudayaan kita -lagi pulak ramai yang tak faham maknanya dan ia hanya memeriahkan majlis saja...

Kita tiada tradisi solawat stail orang Timur Tengah tapi di kampung saya dulu ada hiburan masyarakat berbentuk lain seperti dikir barat, makyong, menora yang dikatakan berasal dari Siam  dan cerita-cerita penglipur lara yang berlatar belakangkan raja-raja dari kayangan yang diiringi dengan gesekan biola !

                                                       



Tuesday, July 1, 2014

Jangan Syahid Di Tengah Jalan





...jika kita menuntut ilmu..dan tok guru jangan bagi fakta tergantung......

Kalau seseorang datang minta nasihat, adalah tanggungjawab kita menasihatinya, tapi cara menasihat itu hendaklah tidak dengan emosi. Sebagai contoh jika sahabat kita datang mengadu suaminya nak kawin lain, jangan pulak kita pi dok mengacum dia dengan macam-macam idea yang boleh menambahkan serabut otak dia.

Kalau nak menasihat, kenalah yang baik-baik yang boleh menenangkan hati orang yang dilanda derita itu. Dan saya pun tertunggu-tunggu apakah contoh-contoh nasihat yang baik yang patut diberi dalam hal kalu suami nak kawin lain.

Oleh kerana tiada contoh yang diberi, saya pun mereka-reka contoh sendiri...

Eh...takpe kalau husben you nak kawin lain, biarkanlah....tapi... you mintaklah dengan dia letak semua harta dia, rumah, tanah, atau lain-lain barang berharga atas nama you..

Sabarlah, jodoh pertemuan bukan di tangan kita....

Lepas husben you kawin, you jemputlah bini muda dia datang bertandang ke rumah you....


Tanpa kita sedari segala ilmu, ibadat , pegangan dan kepercayaan kita adalah bergantung pada apa yang diajar tok guru. Saya teringat ada ahli keluarga saya pada tahun 1980an dulu, bila dia masuk kumpulan usrah , tiba-tiba sahaja dia berubah , balik ke rumah suruh mak buang tv, kerusi meja dan karpet. Rupa-rupanya dia pi dok belajar bab zuhud. Mungkin tok guru dia tak jelaskan pengertian zuhud secara meluas atau dia sendiri tak katam bab zuhud, jadi hasil dari pengajiannya ialah buang kerusi meja dan tv ( punca segala maksiat dan lagha ).

Bagi saya alangkah baiknya kalau kita menuntut ilmu secara bertalaqqi dan berkitab, daripada menuntut ilmu melalui ceramah-ceramah umum yang kadang-kadang boleh mengelirukan atau boleh mencetus perbalahan sesama sendiri . Bila bertalaqqi kita boleh bersoal jawab dengan tok guru,atau tok guru boleh bagi penjelasan dengan lebih detail hingga kita dapat mengambil ilmu dengan yakin. Wallahu a'lam!


Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...