Saturday, November 29, 2014
Ikut Ijtihad
Seorang gadis menanya saya.....kenapalah suka menakut-nakutkan orang dengan agama. Kenapa asyik haram-haram-haram, neraka- neraka - neraka! Punyalah banyak sifat-sifat Allah yang cantik-cantik - kenapa tak nak sebut, bagi orang suka dan lembut hati...
Tak tau lah nak oi...dah semua orang yang pandai suka mengancam orang jahil , nak buat macam mana...
Gadis ni seronok tengok budak-budak kecik di bawa oleh ibu bapa mereka dari rumah ke rumah di kawasan kejiranan mereka dan di kedai-kedai di kawasan mereka. Tuan rumah dan penjaga-penjaga kedai dah siap dengan beg gula-gula dan coklat apabila ada kanak-kanak datang mengetuk pintu ..trick or treat? maka mereka pun diberi buah tangan gula-gula dan coklat...
Kebetulan anak gadis ni berada di negara yang meraikan Halloween , dia pun teruja nak bagi gula-gula pada kanak-kanak yang memakai pelbagai topeng hantu datang mengetuk pintu rumahnya .Just for fun...I don't care ape ke bendenya hantu-hantu tu, tapi seronok jugak bagi coklat kat budak-budak tu...bukan nak menghayati halloween atau nak ikut cara perayaan orang bukan Islam....
Tak tau lah nak oi...kat Malaysia dah diharamkan perayaan Halloween dan hari Valentine atau Yoga sebab mengikut cara/adat orang kafir,..
Tak boleh main tiru-tiru - haram , tak boleh- tak boleh , la' abadan , nahi-nahi-nahi.....contohnya kalau buat yoga nanti takut terbaca mantra Hindu,,,,
Kalau tiru pakai coat dan neck tie tak apa sebab ia tak melibatkan terpesong akidah ...?
Perkara besar ni tak berani saya nak memandai-mandai......kita serah pada pihak berkuasa nak membantras atau ambil tindakan contohnya pada orang Islam yang minum arak, yang tak solat Jumaat, yang tak bayar zakat, yang tak tentu hala jantinanya, yang sumpah palsu dalam mahkamah dan beribu-ribu masalah lain lagi.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment