Wednesday, December 31, 2014
Selepas Banjir, Bagaimana?
Ya Allah.. berilah keringanan dan ketabahan kepada mangsa-mangsa banjir...
Bayangkan setelah banjir surut masing-masing balik ke rumah......
Tiba di rumah ...rumah kosong, barang-barang dalam rumah hilang dibawa arus - yang tinggal hanyalah lumpur yang liat dan tebal bersama sampah sarap. Susah jugak nak dibersihkan dan akan memakan masa yang lama. Anak-anak keletihan dan kelaparan - sedangkan dapur dan perkakasnya dah tiada, kalau ada pun sudah rosak teruk. Nak kena beli alat-alat keperluan - dapur , periuk, belanga, cerek, kendi ,gelas, cawan pinggan mangkuk , penyapu, pakaian, tilam bantal dan pelbagai macam keperluan lagi. Semuanya memerlukan belanja yang banyak . Bagi orang yang bekerja sendiri, yang bergaji kecil tambahan pula orang-orang yang tiada punca pendapatan yang tetap sudah tentu akan menghadapi kesukaran yang amat sangat.
Bagaimana nak mulakan kehidupan selepas kemusnahan? Bagaimana dengan makanan asas - gula,beras, minyak tepung, garam , susu anak dan lain-lain keperluan yang semuanya perlu dibeli? Bagaimana pula ubat-ubatan bagi yang sakit terutamanya kanak-kanak dan orang-orang tua.
Paling sedih apabila keluar dari pusat pemindahan, balik ke rumah - rumah dah hanyut sedangkan mereka itu tinggal sehelai sepinggang...Bagaimana nak membina semula rumah , sementara itu di mana mereka nak menumpang??
Inilah masanya rakyat sangat-sangat memerlukan bantuan kerajaan , memerlukan bantuan dari badan- badan bukan kerajaan, syarikat-syarikat besar, sederhana dan kecil , orang-orang perseorangan serta ahli keluarga serta sahabat handai yang lain , hatta dari seluruh rakyat Malaysia.
Sama-sama kita berdoa dan menolong membina hidup baru bagi mangsa-mangsa banjir dengan apa jua cara yang sesuai dengan kemampuan kita..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dah Jadi Bionic Women
Kita tak tau rupanya bila dah meningkat tua banyak juga kena tukar spare parts dalam badan .Bahagian badan yang sangat biasa kena repair ial...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment