Wednesday, June 29, 2016
Persiapan Selepas Raya
Sebelum kita menyambut Hari Raya marilah kita memikirkan sedikit tentang jika pemimpin utama kita tidak amanah siapakah yang bertanggung jawab membetulkannya....
Menteri Kabinet?
Susah nak minta tolong , walaupun mereka mewakili rakyat tapi mereka kena jaga kedudukan mereka sendiri...
Peguam Negara?
Susah jugak sebab dia kata 2.6b takde kes dan habis lembu - lembu telah dilepaskanya berkeliaran...
Gabenor Bank Negara?
Pencen dah....ganti Gabenor baru tak tau macam mana pulak...ada kes ke takde kes...macam takde kaitan je duit yang berbilyon-bilyon yang keluar masuk negara dengan BNM..
Ketua Polis Negara?
Entahlah..jaga ketua negara je kut?
MACC?
Mungkin tak terlibat dengan menyelesaikan skandal kewangan negara....agaknya..
Ketua Audit Negara?
Buat audit dah.....
Ulamak Dan Ahli Fatwa?
???????.....
Parti Pembangkang?
La ni dok tengah kuca lana...
Tok bomoh,tok penyadap, tok batin ,tok mudim?
Gila engkau.....dorang tu specialised dalam kerjaya masing-masing...tak sempat pun nak fikir hal negara atau rakyat..
La ni lagu mana? Kita yang ramai -ramai ni ada tak tanggung jawab nak membetulkan keadaan?
Kalau rasa-rasa macam ada....tanda tanganlah
Deklarasi Rakyat....demi kesejahteraan anak cucu cicit kita....
Melainkan kalau kita ni termasuk dalam golongan yang berharta sampai 7 keturunan makan tak habis......tak perlulah bersusah payah...
Monday, June 27, 2016
Ayam Menang Kampung Tergadai....2
Kedua-dua ekor ayam bersabung di atas gelanggang dari pagi sampai ke petang. Pak Kadok yakin ayam dia menang sebab ayam dia memang belum pernah kalah bersabung...
Pendek kata yang tukang sorak pun penuh padang dah tak ingat makan minum dari subuh hingga nak tenggelam matahari.
Tiba-tiba ayam Pak Kadok melompat tinggi menerkam leher ayam pembesar hingga terkulai rebah ke tanah...
Pak Kadok pun apa lagi melompatlah ia dengan menghunus keris dan melambung destar sambil menepuk-nepuk dada kegirangan kerana ayamnya dah menang bersabung!
Opppp...tunggu dulu Pak Kadok! Sudah lupa kaa? Yang menang tu bukan ayam Pak Kadok tapi ayam saya! Sudah lupakah Pak Kadok kita telah bertukar ayam?
Nok ghoyak gapo lagi pak kadok oii...dah engko bangang sangat mudah- mudah je kena tipu!!!!
Sunday, June 26, 2016
Ayam Menang Kampung Tergadai
Saya teringat tentang sebuah cerita penglipur lara - Pak Kadok yang mempunyai seekor ayam sabong yang bertuah yang sentiasa menang bila bersabong. Pak Kadok pun sibuklah ke sana ke mari mempertaruhkan ayam sabungnya tu!
Suatu hari seorang pembesar di sebuah kampung yang berdekatan telah mengajak Pak Kadok bertanding menyabong ayam. Pak Kadok setuju.
Di hari pertandingan itu Pak Kadok pun tibalah ke gelanggang membawa ayam bertuah kesayangannya untuk berlaga.
Pembesar kampung itu sudah tahu kehebatan ayam sabong Pak Kadok . Dia pun mencari akal nak menipu Pak Kadok yang tak berapa tinggi IQ tu. Dia memuji-muji kehebatan ayam Pak Kadok - akhirnya ia termakan dek puji- pujian itu. Apabila diajak bertukar ayam sabong dengan bangang dan baghalnya Pak Kadok pun setuju!
Sebelum menyabong ayam dimulakan syarat-syarat pertandingan pun dibaca...
- Kalau menang jangan mendabik dada, jangan melompat - melompat dalam gelanggang , jangan melambong destar dan jangan menghunus keris.
- Kalau kalah kampong masing-masing akan tergadai.
Kedua-dua belah pihak akur dengan syarat-syarat itu.
bersambung....
Thursday, June 23, 2016
Renungan Bulan Ramadhan
Kata orang kalau tak dapat menolong orang dengan hartabenda atau wang ringgit, kita boleh tolong dengan kederat atau beri nasihat yang munasabah.
Tiga puluh tahun yang lalu Kak B menceritakan halnya pada saya. Katanya semua saudara mara memarahinya sebab dia ambik anak angkat. Mereka suruh Kak B pulangkan balik anak itu dan mengancam dia kalau apa-apa jadi jangan nak mengadu hal atau mintak tolong dengan mereka.
Oleh kerana saya agak rapat dengan Kak B saya pun bersimpati a.k.a. masuk belah dia..
Takpelah.. akak jangan takut kalau kita bela anak angkat dan jaga elok-elok dan buat baik dengan dia InsyaAllah dia akan baik dengan kita....
Kak B telah bercerai dengan suaminya dan kehidupanya begitu sempit. Makan pakainya pun dibantu oleh adik beradiknya, sebab tu lah mereka marah bila dia bela anak angkat. Tapi Kak B tak putus asa, dia buat kerja sebagai tukang masak di kantin sekolah, ambik upah menjahit dan lain-lain lagi untuk menyara diri dan anaknya.
Beberapa bulan yang lepas adik menalifon saya dari kampung - katanya Kak B mengenang-ngenang kisah dulu , ketika semua orang memarahinya hanya saya sorang yang defend dia..
Eh, iye ke? aku tak ingat dah. Apa yang aku cakap.
Adik pun pun quote the exact words I said mengikut apa yang diceritakan oleh Kak B!
Nasib baik aku tak join sedara mara lain yang menghampok Kak B dulu....kalau tidak mana nak letak muka bila jumpa Kak B ( yang rupa - rupanya masih menyimpan cerita lama! ).
Tuesday, June 21, 2016
Raya,Raya,Raya!
Bukak cerita menyambut raya orang dulu - mesti nak tukar langsir tingkap dan tukar sarung kusyen . Ada yang lebih ekstreme lagi iaitu tukar sofa baru, karpet baru dan cat rumah. Depa kata tingkap rumah orang dulu kecik, kain langsir murah dan cepat luntur kena cahaya matahari. Tapi semua orang gembira masuk ke rumah untuk beraya.Tak kisah habis kusyen kena lenjan dek anak cucu dan anak-abak sahabat handai.Tapi tuan rumah redha sebab mereka tu dok mai nak beraya! Biaq pi la!
La ni orang buat rumah besar, cantik dan perhiasan mahal-mahal tapi bila jemput orang datang ke rumah layan dan jamu tetamu di luar rumah. Ada yang kata mana boleh bukak rumah kalau orang datang ramai-ramai nanti barang dalam rumah kena curi atau habis jahanam harta benda....walhal orang-orang yang dijemput tu semua yang terpilih bukanlah any Tom,Dick and Harry.......
Tapi kalau dah buat open house besar-besaran macam kenduri kahwin kenalah sewa kemah...
Tuesday, June 14, 2016
Harta Atau Nyawa?
Renungan bulan Ramadhan...Dan bulan-bulan lainnya...
Lebih baik banyak ilmu ( yang bermanfaat ) dari banyak harta.....sebab...
Ilmu akan menjaga kita
Kalau banyak harta, kita yang kena menjaga harta.
Kalau orang banyak ilmu dia tidak akan buat perkara-perkara mungkar seperti salah guna wang, salah guna kuasa, menipu, melindungi orang yang membuat salah, membiarkan orang lain hidup susah . Atau dia tak biarkan dirinya ditipu oleh tok Arab yang bermata sepet..
Kalau orang banyak harta, susah jugak nak jaga harta yang banyak dan berharga. Kena jaga harta lebih dari nyawanya. Kalau apa-apa hal terjadi harta dulu yang diselamatkan, pendek kata pada masa tu harta lebih diutamakan dari perkara lain.
Tapi bila dah mati harta akan tinggal ( tak ikut tuan dia masuk kubur )
Harta itu akan jadi hak orang lain ( kalau silap haribulan )
Atau akan jadi rebutan waris..
Atau yang sedih sekali takde sapa pun nak harta tu ( kalau ianya merupakan assesori ) kerana mungkin ia sudah outdated...
Friday, June 10, 2016
Renungan Di Bulan Ramadhan..
...tentang seorang sahabat, R yang telah beberapa lama mengidap insomnia. Badannya kian lama kian kurus kerana tak dapat tidur malam dan waktu siang pula hanya dapat terlelap sekejap-sekejap sahaja...
Dah rata R pergi berubat..doktor,bomoh,ustaz..semua dah...tapi kurang berhasil. Sampaikan dah macam zombie mata celik je tak boleh tidur..
Rakan-rakan pun tak putus asa bagi petua tu, petua ni, baca surah tu, surah ni, minta air jampi kat orang-orang alim...tapi..dok tetap insomnia jugak..
Apabil R mendapat cucu, insomnianya dah sangat berkurangan, katanya tidur dia dah ok. Siang hari penat menjaga cucu malam dia keletihan. Bila dah dapat tidur, muka pun dah merah badan pun dah berisi.
Sebulan dua yang lepas saya bertemu dengan R dan bertanya kabar tentang dirinya...rupanya dia...dah tak dapat tidur balik...
...tapi saya dah redha, kalau dah takdir begini saya terima secara positif. Saya buat kerja saya waktu malam, saya solat sunat , saya baca Al Quran banyak-banyak. Saya tak nak berbalah dengan insomnia. Kalau dah tak boleh tidur malam dia tukar malam dia jadi siang! Kalau siang dapat terlelap sikit-sikit pun jadilah..
Saya doakan R cepat sembuh. InsyaAllah mana tahu dalam keadaan dia tak memikirkan sangat tentang masalah insomnia tu mungkin dia boleh sedikit sebanyak tertidur dengan sendirinya....
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah!
Tuesday, June 7, 2016
Terkenang Masakan Kampung
Bila jauh dari kampung laman....
tak lupa pada ayam bakar berempah..
masak gulai nenas campur ikan kering bagi orang NYC teringatkan Malaysia
Buat rendang dendeng lagi mudah sebab daging lembut senang nak ketuk..
rojak buah apa yang mudah dapat - timun, epal hijau dan anggur menggantikan mangga, sengkuang. Asalkan rojak ada rasa petis, dah cukup!
tapi...sambal belacan ( dalam botol kecik ) jugak yang menjadi idaman!
dan mihun kungfu sebagai tambahan...bagi tetamu yang nak kurangkan makan nasi...
Senyum manis sebagai kenangan....
Sunday, June 5, 2016
Percaya Atau Tidak?
Ubi kayu rebus dimakan dengan kelapa atau sambal udang lebih sedap dari segala-galanya ketika kita berada jauh dari kampung laman..
Bila pegi kedai orang- orang dari Asia - nampak je ubi kayu, keledek, labu kuning ,tepung pulut....gula kabung... terus beli kesemuanya....
Hari 1 : Ubi rebus makan dengan kelapa+ gula+ garam
Hari 2 : Keledek goreng
Hari 3 :. Masak lemak labu
Hari 4 :. Buat onde- onde!
Fuh! Balik kampung pun tak rajin nak masak macam ni!
Friday, June 3, 2016
Masak Sendiri
Oleh kerana lobster murah, pegi beli lobster yang masih hidup di pasar. Oleh kerana tak sanggup nak rebus lobster hidup-hidup, bagi orang pasar siang lobster siap-siap a.k.a matikan lobster tuh!
Rebus sekejap , setelah itu dibelah dua.
Bubuh cili merah, bawang putih dan beberapa jenis daun herba, garam dan olive oil
Boleh juga bubuh cheese di atasnya..dan dibakar dalam oven
Jadi lah ia bercheesy....
...dah siap! Boleh hidang terus....
Orang yang ada kolesterol tinggi jangan dok pi beli lobster hari-hari walaupun ia murah!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...