Wednesday, August 9, 2017

Orang Tamak Memang Rugi!



Alkisah perihal orang tamak confirm rugi banyak terdapat di dalam masyarakat kita.

M telah menyewa sebuah kedai makan sebanyak seribu ringgit sebulan. Perniagaan M makin lama makin maju sebab dia ada dua orang tukang masak yang handal yang menyebabkan kedai makan dia penuh sesak setiap petang hingga ke malam.

Pak Derih tuan kedai melihat M untung banyak, dia pun menaikkan sewa jadi dua ribu ringgit sebulan. Lama kelamaan dia tengok M maintain keuntungan dia pun naik semangat nak berniaga jugak.

Pak Derih pun memberitahu M bahawa
dia nak balik kedai dia sebab nak meniaga sendiri. M terpaksalah cari kedai lain yang kebetulan ada yang hendak disewakan diseberang jalan..

Kedai M tetap laris seperti biasa walaupun dah berpindah tempat tapi kedai Pak Deris lengang je! Akhirnya terpaksalah ditutup sebab dah asyik termakan modal.......walaupun kedudukan kedainya ada good feng shui ....tapi Pak Derih takdak dua chef yang handal!





No comments:

Mu Takut Bini Ko?

  M cerita ibunya yang berumur 80++ keluar masuk hospital - akhirnya adik lelaki dia ambik bawak balik ke rumahnya yang  jauh di utara. Dia ...