Saturday, September 2, 2017
Jangan Ambik Hak Orang....
Selalu dengar kata-kata "The grass is greener on the other side of the fence" atau dengan kata lain jangan dok nak hak orang!
Banyak peristiwa yang berlaku pada orang yang suka nak ambik hak orang. Mek Yoh tergila-gilakan Mat Derih, macam- macam dia buat nak memikat hati Si Derih. Atas usahanya yang gigih akhirnya dapatlah dia nikoh dengan Mat Derih.
Setelah menjadi isteri muda muka Mek Yoh yang dulunya ceria, sentiasa bergincu merah menyala kini dah kusam tak pernah berbedak. Ada tanda-tanda lebam di mukanya yang dah tak boleh disorok lagi.
Mek Lah isteri pertama Mat Derih kata....ambiklah nok sangat kat Mat Derih tu baru tau penangan tok laki yang suka pukul bini....
Macam mana Mek Yoh? Nak tunggu jugak ke nok tarik diri?
Love thy neighbour but don't steal their maid - zaman pembantu rumah mahal nak dapat, jangan dok pancing pembantu jiran. Kadang- kadang pembantu jiran suka cerita majikannya suruh dia buat banyak kerja , tu tak kena, ni tak kena lepas tu suka sorok makanan tak bagi dia makan dan macam-macam lagi cerita yang entah benar atau tak benar. Akhirnya bila pembantu itu berhenti kerja jiran sebelah pun terus ambik siap tambah gaji lagi.
Bila dah kerja beberapa bulan barulah majikan tahu pembantu tu pemalas suka curi tulang dan tangan panjang....
Tidak dinafikan ada juga pembantu rumah yang benar-benar teraniaya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?
'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment